Salam sejahtera, para pembaca setiaku!
Beberapa jam yang lalu, Suria telah pun siarkan drama terbarunya yang bertajuk Rintihan Hati!
Dibintangi oleh Rahimah Yusoff, Awad Salim, Nora Ismail, Shahrin Azhar, Imam Shah, Olynn dan Jeff Catz, drama ini pasti meletup kerana ada unsur-unusr SUMBANG MAHRAM seperti drama-drama gempak Suria yang lalu. Sebagai contoh, Janji Arissa dan Syurga Ibu!
Kepada anda yang terlepas, terdapat sesi Tweet Secara Langsung apabila Rintihan Hati disiarkan tadi. Pendek kata, pos ini seakan dengan tweet-tweet yang telah dihantar!
(ia adalah bebenang, klik dan anda boleh membaca segalanya)
Watak Zana, merupakan watak utama dalam drama ini. Dia inginkan keluarga bahagia bersama Zaidi tetapi Zaidi telah mengahwini wanita lain. Zana pun telah berumahtangga tetapi nampaknya dia tidak begitu bahagia.
Pendek kata, dia amat cemburu dengan keluarga sempurna Zaidi dan ingin kembali bersama Zaidi. Zaidi dan suami Zana, adik beradik (I think idk who is the sibling here). Zana masih inginkan cinta Zaidi hingga sekarang walaupun sudah mempunyai anak. Anak Zana selalu membuli anak Zaidi. Kesian.
Pada masa lalu, si Zana syiok kat Zaidi tapi Zaidi syiok kat Nadirah je kot. Setelah Zaidi memberitahu perkara sebenar kepada Zana, Zana frust tonggeng dan bernangis keseorangan. Tiba-tiba ada jantan muncul dan rogol dia. Ok. Tu je.
Kini, Zana mengupah seseorang (saudaranya yang dianggap sebagai adik-beradik) untuk memburukkan wajah Nadirah (isteri Zaidi) dengan menyimbah asid. HAHAHAHA NI drama zaman 2000 eh…? Nak simbah asid semua. Dafuq! Rancangan Zana bukan sahaja berjaya tetapi terlalu berjaya! Exceeding expectations. Nadirah mati akibat lecuran asid (can someone die from that?), dan Zaidi pula ditikam kerana cuba menerkam si polan yang menyimbah asid. Disebabkan itu, Zaidi mati. Kesian Zana. Dia fikir dengan tiadanya Nadirah, dia boleh meraih cinta Zaidi… TAPI ZAIDI PUN MATI. Kalau saya Zana, saya PECAT si bodoh tu, upah tapi bengap. Tak tau nak buat kerja betul-betul!
Setelah pemergian Zaidi dan Nadirah, suami Zana berkata mereka harus mengambil anak-anak mereka dalam jagaan mereka. Tu lah Zana, dia tak fikir betul-betul. Kan sekarang dah beban harus tinggal sebumbung! Apa yang akan dia lakukan kepada anak yatim-piatu itu?
Saya pasti dia akan jadi seorang makcik yang gila harta arwah, hanya ingin kikis duit dan akan berkelakuan terhadap anak-anak saudaranya.
Saya tak sabar untuk saksikan episod-episod akan datang untuk melihat bagaimana jalan cerita ini. Ada unsur taubatan nasuha? Lebih seks? Dendam? Huhu!
– Pengkritik Sandiwara