Salam sejahtera, para pembaca setiaku!
Dalam pos ini adalah ulasan ringkas bagi drama ceramah 6×7 musim kedua yang dibintangi oleh Khalit Baboo, Haizad Imran, Fadhli Abdullah, Izyan Mellyna, Fizah Nizam, Roslan Kemat, Faizal Rahman, Syirah Jusni dan ramai lagi. Sebelum saya mulakan apa-apa, biar saya rumuskan musim pertama.
Sinopsis musim pertama:
Farid merupakan seorang mahasiswa kelas pertama yang dibuang kerja dan entah kenapa, ke temuduga di tempat kerja yang menguruskan jenazah. Dia tidak membuat apa-apa kajian sebelum ke pejabat tersebut. Lama-kelamaan, dia yang dahulunya tidak ingin uruskan jenazah akhirnya jatuh cinta dengan ibadah ini setelah viral. Dia pun jatuh cinta dengan ustazah Gian dan bernikah. Pada episod terakhir, ada rekrut baru di syarikat jenazah tersebut.
Namun, di musim kedua. DIA DAH MENINGGAL. How convenient????? LMAO. Ok work. Untuk membaca ulasan musim lalu, klik di sini.
Episod Pertama:
Pekerja baru Khidmat Fitrah Herman tak ikhlas membuat kerja. Dia riak, ingin membuat kerja urusan jenazah ini dan memuatnaikkan video-video ini ke lelaman sosial. Walaupun diberitahu bahawa arwah adalah kes high profile, seorang banduan yang dikenakan hukuman gantung.
Setelah videonya viral, Ustazah Gian menegurnya. Tetapi dia mengatakan bahawa perkara ini sama dengan video viral arwah Farid dulu. Padahal video Farid tu bukannya secara sengaja tau… boooooooo.
Ustazah Gian mengandung anak Farid. Suzana pulang ke Singapura dengan hijab dan buat lebih kes-kes pro-bono. Alhamdulillah!
Episod Kedua:
Herman ditugaskan untuk mengurus jenazah yang meninggal akibat kejatuhan daripada tempat tinggi (fall from height). Tetapi, kerana Herman tidak ikhlas dan hanya ingin kerja sebagai pengurus jenazah for the likes, dia tidak boleh meneruskan tugasan itu dan terpaksa memerlukan orang kuat Khidmat Fitrah…. Video insiden di mana arwah jatuh disebarkan melalui Whatsapp di luar masjid. Herman pun meminta video tersebut. Bukan itu saja, Herman memarahi rakan-rakan arwah kerana menonton video tersebut???? Dia HIPOKRIT!!!! Rude! Selain itu, rakan-rakannya juga sempat berswafoto depan keranda………………. Ini satu babak keterlaluan (exaggeration) tetapi tahukah anda… seorang selebriti Singapura pernah melakukan perkara sebegini?
NORFASARIE pernah berselfie bersama suaminya di depan masjid (or istana idk) semasa melawat Almarhum Tunku Abdul Jalil Iskandar ibni Sultan Ibrahim Ismail. Dia mengambil gambar bersama suaminya dengan muka yang kelihatan sedih, sebab kehilangan seorang yang berharga. Adakah gambar ini satu keperluan? #Choices! Setelah dikecam (oleh saya HAH), dia pun padamkan komen tersebut…. Riak gitew nak bilang dia ada kaitan dengan orang diraja. GITEW!
You know what the say… Life imitates art. Or the other way round pun boleh.
Ustazah Gian hampir beranak tapi masih ingin kerja di Khidmat Fitrah. Ibu arwah Farid ingin mengadakan majlis Lenggang Perut tetapi Ustazah Gian dan bapa arwah Farid tidak mahu kerana ia bukan satu keperluan dalam agama. Tetapi ibunya berkata bahawa ia adat resam! Tetapi mereka ingin menyimpan wang untuk keperluan anak. Ok sebab yang munasabah.
Namun, saya sangat berharap bahawa tradisi, adat resam, upacara Melayu yang tidak ada kaitan dengan Islam seperti Lenggang Perut, Cukur Rambut dan sebagainya tidak dilupakan atau dianggap syirik dengan senangnya. Ini kerana saya berpendapat bahawa orang Melayu menggunakan ajaran Islam untuk mengharamkan tradisi Melayu yang tidak “islamik”. Hanya kerana ia tidak diperlukan oleh agama, dan mungkin upacara yang boleh dianggap “syirik”, orang Melayu harus hentikan tradisi tersebut? Maaf cakap la eh tapi nenek moyang kita yang memulakan tradisi ini semua bukanlah orang Islam. Namakan satu perayaan yang disambut oleh orang Melayu/Islam di Singapura yang tiada pengaruh Islam. Orang Melayu tiada tahun baru Melayu, perayaan unik kepada Melayu dan sebagainya. Ini kerana kedatangan Islam telah mumupuskan tradisi ini semua. Peliknya, orang Melayu kini melupakan tradisi “syirik” ini dan mengagung-agungkan perayaan/tradisi Barat yang seakan. Seperti “Gender Reveal” padahal Lenggang Perut pun boleh menentukan jantina bayi. Atau Baby Shower dan sebagainya. Boo. Done dakwah.
Watak Hairul yang sepatutnya dimainkan oleh Syarif digantikan oleh Haizad Imran. What an upgrade!
Sebiji snek!
Hairul dan Suzana masih ah nak bergaduh all.
Haji pengsan.
Episod Ketiga:
Haji Yanto ok je. Dia drama melebih sebab stres nak cari orang untuk ambil alih Khidmat Fitrah ni semua.
Pakcik Hairul, seorang peniaga/usahawan ingin membuka bisnes pengurusan jenazah sebab hasil lumayan. Duh???? Setiap orang mati setiap hari mestilah ada hasil. Ni la orang Melayu bahLOL baru sedar ni semua. Malas nak belajar bab-bab pengurusan jenazah dengan betul tapi bila sedar (walaupun lambat) bahawa hasil boomz, baru terhegeh-hegeh… Pada masa yang sama, Hairul masih ingin nak kacau Suzana dan juga keluarga Suzana??? Padahal Suzana nak cuba mengurat dengan kawan lama huhu.
Episod kali ini amat menarik ya. Ini kerana mereka menangani jenazah Cina Mualaf, revert gitew. Ia amat menyentuh jiwa dan membuka minda. Di mana para penonton dapat pelajari bagaimana untuk menangani situasi sebegini. Bagaimana untuk jelaskan pengurusan jenazah dalam Islam serta kesefahaman yang seharusnya wujud di dalam masyarakat yang berbilang kaum.
Tetapi, let me ask something. Will Channel 8 showcase such diversity and understanding in their dramas? If yes, link me up. Terdapat pelbagai drama di Suria yang mengetengahkan isu-isu perkauman tetapi tak pernah dengar ada cerita seperti ini di Saluran 8. Prove me wrong ya.
Ustazah Gian nak beranak pun masih nak kendalikan kelas. Kat dalam kelas jugak sakit-sakit kang.
BTW, Herman dan Hairul adik-beradik tapi mereka tak boleh bertentangan mata. Pasti bergaduh.
Episod Keempat:
Pada episod ini, terdapat seorang anak (setelah didesak ibunya) yang ingin mengorek balik mayat arwah ayahnya dan bawa ke luar negara kerana mereka ingin bermastautin di luar negara…. Ok work???????? Gila hahaha. Padahal tulang je kot. (para pelakon tambahan ni macam berlakon untuk projek sekolah hahaha)
Ustazah Gian telah melahirkan seorang bayi! Tetapi dia ada selisihan faham dengan ibu mertuanya tentang nama anaknya dan juga gambar-gambar yang dimuatnaikkan di Fesbuk. Kasihan. Ibu mertua dia ni possessive sangat sak??? Kesian aku tengok dia macam tidak dihormati.
Kali ini, Khidmat Fitrah kendalikan jenazah dan insiden menarik pada episod ini adalah…. mereka semua tersekat di dalam lif bersama mayat…. AAAAAAHHHH!!! Mereka pun berbual tentang corak batu nisan… Disuruh tempah dahulu. Macamlah dia tahu bila arwah nak mati lmao. Si Herman ni kalau tak tegur secara perli, nak tengking? Dafuq. Dan mereka tersekat dalam lif sekejap je??? Sebab ahli keluarga wanita yang turun tangga dari tingkat lima baru sampai tingkat satu diorang dah keluar lif… Si wanita-wanita pula berbawang tentang kenduri pada hari ke-4,7,100 dan so on dan mengatakan ia wajib padahal tidak. Ustazah Suraya pun memberikan ceramah sentap.
https://www.instagram.com/p/BqOgkyShatB/
Ibu Suzana kenalkan Suzana kepada anak kawannya, seorang doktor! Ni zaman apa? 50an nak matchmake segala. Gila wei. Padahal Suzana tengah syiok dengan Zul, kawan social work semasa di NUS dulu.
Zul dan Hairul terserempak antara satu sama lain dan mereka seperti tak kenal satu sama lain. Padahal kawan universiti tau? Tak berkawan di Fesbuk? Atau Instagram? Apa je. Abeh gunakan kata ganti diri “I/you”. HUH??????????????? Apa ni bapok ke?
Itu sahaja kali ini, ulasan episod 1-4. So, kita tahu Suzana bakal cari pengganti tetapi Hairul masih salty dan mungkin ada perasaan terhadap Suzana (tapi tidak ingin mengaku). Perhubungan dia dan ibunya serta adiknya pula agak kasihan ya. Mestilah, dia hanya fikirkan harta benda sahaja. Tapi adiknya, Herman pun macam tak betul. Kerja di Khidmat Fitrah semata-mata nak kumpul pahala dengan secara sengaja dan step syarahan sentap. Pada masa yang sama, apa akan terjadi kepada Ustazah Gian? Ada pengganti atau janda seumur hidup? Khidmat Fitrah akan berkekalan atau diberi kepada usahawan?
Saya tahu anda semua sudah menonton but pls give me some time untuk catch-up, ya?
– Pengkritik Sandiwara