Salam sejahtera, para pembaca setiaku!
M1 Singapore Fringe Festival akan kembali tahun hadapan pada bulan Januari. Terdapat pelbagai kegiatan serta persembahan-persembahan seni yang amat menarik bertemakan Still Waters.
Antara persembahan yang ingin saya ketengahkan adalah ANGKAT: A Definitive, Alternative, Reclaimed Narrative of a Native yang ditulis oleh Nabilah Said dan diarah oleh Noor Effendy Ibrahim. Ia mengisahkan kisah hidup ibu dan anak serta sejarah Singapura yang berlainan… sort of?
Selain itu, persembahan bertajuk yesterday it rained salt juga akan dipersembahkan! Ditulis oleh Nabilah Said dengan perekatari Norhaizad Adam, persembahan ini menggabungkan teks, tarian dan persembahan agar dapat menerokai kekerasan pemergian dan kepulangan, kesenangan dalam memori dan upacara (ritual), serta perhubungan yang dijalin oleh kaum lelaki.
So…. Cepat-cepat dapatkan tiket anda Sistic! Terdapat harga istimewa untuk para pelajar juga!