Salam sejahtera, para pembaca setiaku!
Ok, ulasan pantas bermula…. SEKARANG!
Episod 8:
Jangan ke kedai sinseh jika mengalami alahan…. Terus menelefon ambulans segera!
Zikri dan Hisham berbaik. Sampai makan eskrim di tepi pantai…. Adakah ini novel manga Jepun homoerotic? Dari restoran, ke kedai sinseh dan tepi pantai..?
Episod 9:
Abah Taufik memberitahu tentang perhubungan rahsianya…. So kiut. Pada masa yang sama, dia sempat tanya pasal bila Taufik nak naik pelamin pulak.
Juga, kita dapat tahu bahawa Zikri menyimpan kedai guntin atas sebab rasa salah (??) dan juga tanggungjawab (yang tak munasabah) untuk menyambung legasi ayahnya. Lame.
Sebenarnya tak faham kenapa Zikri dengan Taufik lepaskan penyangak yang pecah masuk S&S????? Abeh sekarang mamat tu nak patahkan tangan Zikri sebelum pertandingan mula…… Gila.
Paramedik membalut tangan Zikri sebelum bertanya sama ada dia boleh menggenggam tangan dia ke tak….. ok work.
Episod 10:
Zikri terpele’ot semasa pertandingan atas sebab tangannya yang terluka. Tetapi ingin juga sambung pertandingan. Tak betul wei. Abeh bila memang, nak tuduh Taufik tak adil sebab Taufik sengaja melakukan kerja yang kurang baik supaya Zikri menang. Hello… Belas kasihan? Pui.
Taufik memenangi pertandingan ini. Namun, dia memberi wang habuan itu kepada Zikri sebagai “pelaburan” untuk kedai Zikri tu. Gitew. Zikri menolak tawaran Taufik tetapi tanpa pengetahuan Zikri, Taufik dah amek lease kedai tu pun. Ini semua world.
Abeh tetibe semua orang kerja kat kedai Zikri????????? Apa je.
Sebagai drama yang ditaja pemerintah, mesej-mesej pemerintah sememangnya teramat jelas. Seperti pembelian BTO, skim-skim peningkatan kemahiran diri, TV analog dan sebagainya. Agak distasteful dan kekadang tetiba tetapi mereka sempat mengkaitkan dengan plot drama but still…. Secara keseluruhan, ia drama yang ok ah, penuh dengan keklisyean di mana good triumphs over evil. Meh.
– Pengkritik Sandiwara