Salam sejahtera, para pembaca setiaku!
Seperti yang dijanjikan, saya akan menulis ulasan drama-drama yang saya abaikan. Dan saya akan mulakan dengan drama penuh kemerepekan 2018 iaitu Janji Arissa. Namun, ulasan ini tidak adil kerana saya menonton hingga episod 5 di TV dan terus ke episod 8 kerana tiada masa dan saya tiada saya masa tau nak tengok drama gila Suria.
Ok so… Nampaknya Arissa pengecut ye dan tidak menepati janjinya untuk membalas dendam kerana dia ingin “berubah” dan ingin mengenali ayahnya lol but whatever!!!! Suria can never have a drama yang mempunyai watak yang kejam secara menyeluruh (pure evil). Ini kerana drama Suria semua harus good good ya. Saya mengharapkan drama yang betul-betul mempunyai unsur kekejaman yang mendalam. Seperti HTGAWM yang sememangnya genius! Si Arissa ni weak af ah tbh.
Kita perlukan watak wanita Melayu yang kuat dan berwibawa seperti Annalise yang mampu mencapai kejayaan/dendam peribadi-politikal tanpa ingin “berubah” menjadi watak yang baik.
Shida dan Muhammad cerai. Anak-anak mereka menyebelahi pihak ayahnya. Wow kita semua surprised. Skandal Shida dihentam tailong. Wow klisye maksima!
Abeh si mamat (Fendi) yang berkomplot dengan Arissa dulu nak jatuhkan syarikat Muhammad pun ditangkap…………
Semuanya happy ending ye. Klisye banget. Sampai nak bukak kedai Nasi Lemak??? Entah boleh masak sesedap Nasi Lemak dia ke tak pun tak tau eh. Dah beli tempat kedai but tak tau sama ada NEA semua dah approve ke tidak.
TJ dan Arissa berkahwin. Ini dibolehkan kerana TJ bukan anak Muhammad. Tetapi anak Shida bersama skandalnya. Dan tentunya ini NORMAL ya walaupun TJ dianggap sebagai anak kandung Muhammad sepanjang hidupnya. Ini kerana orang-orang di Suria mempunyai fetish sumbang mahram dan ingin merealisasikan fetish tersebut.
Selain jalan cerita yang penuh dengan klisye dan skrip yang keterlaluan, pemilihan beberapa kata juga mencerminkan keMesyoan drama ini. Saya tahu bahawa orang kuat dalam drama ini adalah orang Malaysia TETAPI oleh kerana ini drama yang ditujukan untuk penonton Singapura, bukankah skrip, cara penyampaian dan sebagainya harus diSingapurakan..? But ok work.
– Pengkritik Sandiwara