Salam sejahtera, para pembaca setiaku!
Baru-baru ini di ambang socmed, warganet rancak perbualkan kedatangan musim ke-empat drama ikonik berjudul Anak Metropolitan.
Setelah tamatnya drama Bidadari, pelakon veteran, Rafaat Haji Hamzah, memuatnaikkan gambar ini:
Pelakon itu mengucapkan selamat tinggal kepada watak Abang Li dan mengatakan hello kepada ‘Norman’. Adakah Rafaat Hamzah akan memainkan watak utama yang berambut pendek?
Selain itu, Anak Metropolitan 4 yang ditulisnya bukan sekadar ‘4’, tetapi ‘4.0’. Hmm… apa bezanya?
Bukan itu saja, penggiat drag Singapura turut memberi pandangannya.
Hafidz Rahman, hos sampingan Berani Nyanyi?, bertanyakan apakah jenayah yang akan dikemukakan dalam drama siri ke-4 ini.
Antara saranannya adalah kelakuan buruk penghantar makanan, tabiat FB LIVE belia sekarang dan kepalsuan sijil Covid-19.
Pelakon kacak, Iskandar Shah juga seolah-olah memberi bayangan.

Pelakon itu memuatnaikkan sekeping gambar di Instagram Storynya dengan soalan “Anak apa?”.
Persoalannya, harus ke ada Anak Met 4? Anak Met 3 was a flop… risau tengok. Dan adakah Anak Met 4 kesinambungan musim ketiga? Ini kerana musim ketiga tiada kaitan dengan musim pertama mahupun kedua. Mampukah mereka membuat drama ikonik ini ikonik sekali lagi?
Di TikTok pula, ada klip video menunjukkan penggambaran Anak Met 4 sedang berlaku!
Kami kurang pasti siapakah barisan pelakon buat musim terbaru ini.
Tak sabarlah nak tengok di kaca TV nanti!
– Pengkritik Sandiwara
(gambar header: mediacorp, IG Rafaat Haji Hamzah)
[…] episod pertama musim ke-4, Min tertanya-tanya… adakah ini drama ikonik Anak Met yang pernah menambat hati penonton […]
LikeLike
[…] semua tahu bahawa drama yang membawa Anak Metropolitan ini cukup ikonik kerana kesannya menonjolkan isu-isu dalam masyarakat kita, terutama sekali […]
LikeLike