Salam sejahtera, para pembaca setiaku!
Kehangatan acara Pink Dot semakin terasa, dengan timbulnya petisyen yang tumbuh bak cendawan selepasnya hujan.
Baru-baru ini, heboh satu kampung apabila seseorang admin bagi sebuah kumpulan perkongsian makanan halal di Fesbuk memuatnaikkan pautan sebuah petisyen untuk mengenakan ratings kepada acara LIVESTREAM Pink Dot.

gambar tangkap layar daripada halaman Fesbuk tersebut
Ramai yang terbelah bagi mengenai pos ini. Ada yang membantah keras perkara ini, ada yang galakkan perkara ini, ada juga yang berkata ia tidak harus dikongsikan di wadah di mana makanan halal menjadi topik utama.
Apa yang menarik perhatian kami adalah mengenai persembahan Drag Queens yang menampilkan 35 orang drag queens!
Kenapa tetibe takut dengan drag queens, atau lelaki yang memakai busana wanita dan menghidupkan watak wanita dalam keadaan yang keterlaluan? Bukan ke masyarakat Melayu dah terdedah kepada drag queens. Mereka juga muncul dalam mainstream media!
Kumar in drag di acara Hari Kebangsaan 2019, anjuran Mediacorp
Kumar dahulu (early 2000s?) sering muncul di kaca TV saluran Suria, both in and out of drag! Kenapa tiba-tiba sekarang bila dengar Drag Queen je menggelabah? Dalam dunia hiburan Melayu masa kini pula, terdapat banyak watak drag.
Yes, Kumar bukanlah bangsa Melayu tetapi penglibatannya sebagai drag queen dalam dunia hiburan Melayu boleh dianggap amat ketara sekali.
Masyarakat Melayu (both tua dan muda) ok je dengan drag Bonda Bedah & Mak Temah yang dihidupkan oleh Hafidz Rahman dan Zuhairi Idris? Kenapa tak mengadu dulu?
Here we have Hirzi as Syasya Woke, a more ‘controversial’ character. Antara watak wanita lain yang pernah dihidupkan Hirzi – Leticiacia, AMK Aunty etc. Walaupun golongan yang lebih berumur tak berapa suka dengan cara Hirzi, the younger ones are more accepting.
Ni pun diterima ramai, bukan itu saja video-video Mak Jah (Luqman Abu Bakar) juga sering tular di Malaysia. Kenapa drag macam ni boleh diterima ramai?
Watak Mama Jahat oleh Hans Hamid pun digemari ramai. Walaupun watak ni agak ‘baru’, sejauh ni takde ternampak orang kecam dia sebab dia pakai baju perempuan pun.
So what I’m saying is, hentikan hipokrasi. Orang Melayu sukaaaaaaaa tengok drag sebenarnya, tapi korang tak sedar dia sokong drag. Bila drag tu kelakar atau tidak menonjolkan unsur LGBT sangat, korang ok je, menagihkan kandungan mereka. Tapi kalau drag tu tak ikot citarasa korang, terus melenting! Kalau nak hentikan drag atas dasar memakai baju wanita (or memakai baju jantina lain) tu haram, then let’s kecam ALL types of drag queens. Pastikan kebencian anda tu consistent!
Disclaimer: Kami tidak sokong sebarang type of hate.
Kenapa bila muncul saja drag queen, masyarakat Melayu cepat melatah? Walhal, drag queen Melayu kita ni telah mengharumkan nama negara Singapura?
Vanda Miss Joaquim merupakan finalis rancangan peraduan realiti Drag Race Thailand 2!
Tahukah anda Suria dulu pernah ada cerita drag? Tapi bukan drag queen lah, drag king! Ia dibintangi Fauzie Laily dan seorang pelakon ‘diimport’ dari Korea, Yunie.

Korang masih ingat drama Remy & Jinhee ni?
Watak Yunie ni terpaksa jadi lelaki sebab watak Fauzie fikir dia lelaki or sumtin liddat. Drama ini disiarkan pada tahun 2011/2012 gitu.
Yang ni korang ok je wanita jadi lelaki ala-ala Mulan?
Selain itu, penggiat teater, Siti Khalijah Zainal, juga pernah menghidupkan watak-watak lelaki.
Siti K sebagai Captain Hook dalam Peter Pan in Serangoon Gardens oleh W!LD RICE.
Dalam Mama White Snake, Siti K memegang watak Master Fahai.
Bila pelakon wanita jadi watak lelaki, tak dengar korang menyalak pun. Sampai tunjuk di TV lagi. Ratings pun untuk khalayak umum!
Di Malaysia pula terdapat ramai pelakon lelaki yang pernah menghidupkan watak drag untuk drama, filem dan sebagainya.
Rusdi Ramli dalam Waris Jari Hantu
Selain Rusdi Ramli, antara selebriti Malaysia yang pernah diubah menjadi wanita ialah Saiful Apek, Datuk Jalaluddin Hassan, Zizan, Awie, Normah Hakim, Ashraf Muslim dan ramai lagi.
Jadi, apa masalahnya? Masyarakat Melayu memang dah terdedah kepada seni drag sejak dulu lagi. Memang dah ada drag queens dalam dunia hiburan Melayu. Lihat saja di seberang tu, personaliti Viviana Abdullah tu bukan saja popular, tapi dijadikan inspirasi kerana kata-kata pujangganya yang selalu dikongsi menerusi Instagramnya.
Walaupun dia sering dihina dan dikeji, tidak boleh dinafikan bahawa ramai warganet Malaysia menonton video-videonya kerana nasihat yang diberinya mengenai perhubungan, perniagaan dalam talian, pendidikan seks dan banyak lagi! Kami pasti, ramai warganet Singapura pun suka kandungan Kak V, kan?
Ini sekadar drag dalam dunia hiburan Melayu. Kami belum sentuh tentang drag dalam dunia hiburan Singapura bukan Melayu. Jika lihat kepada sudut itu, kita ada…
Jack Neo sebagai Liang Po Po
Iconic GT Lye (Peranakan representation!!!)
Dennis Chew sebagai erm… 2 wanita (1 daripadanya seorang makcik) Ni ok je sampai dibuat kempen seluruh negara!
Sememangnya, drag sudah diterap ke dalam hiburan mainstream setempat. Kalau baru sekarang korang nak menggelitis dan gelisah, terlalu lambat. Ha.
Jangan lupa saksikan LIVESTREAM Pink Dot esok!
– Pengkritik Sandiwara
(Gambar header: YouTube Lepak One Korner, YouTube MunahHirziOfficial, Instagram luqmanabubakar, Instagram hans.hamid)
Kalau korang ada more of drag queen/king Melayu (who are/were more mainstream) to share with us, please share ok! Especially those from earlier days like zaman 90s and before.
[…] PinkDotSG yang diadakan buat julung-julung kalinya diiringi dengan persembahan oleh 35 orang Drag Queens. Para Ratu Drag telah menari dan lip-sync kepada lagu Rentak Oonik, nyanyian asal Najip […]
LikeLike
[…] lagi satu saluran podcast baru ke dunia hiburan Melayu setempat semalam. Pasangan drag terkenal dan tak asing lagi, Bonda Bedah & Mak Temah, or rather Hafidz Rahman dan Zuhairi Idris […]
LikeLike
[…] itu saja, penggiat drag Singapura turut memberi […]
LikeLike