35 Drag Queens persembahkan lagu Rentak Oonik oleh Najip Ali

Salam sejahtera, para pembaca setiaku!

Acara LIVESTREAM PinkDotSG yang diadakan buat julung-julung kalinya diiringi dengan persembahan oleh 35 orang Drag Queens. Para Ratu Drag telah menari dan lip-sync kepada lagu Rentak Oonik, nyanyian asal Najip Ali.

.
persembahan mulai pada minit ke 1:32:50

Persembahan selama sekitar 5 minit itu menampilkan seramai 35 orang Ratu Drag. Antaranya adalah Prism Lune, Vanda Miss Joaquim, Lady Carla Dee, Tiara Sorrel, Salome Blaque, Anna Stacia, January, Eriana Conda, Femme Fatale, Nina Shaleigh, Farrah Shamrock, Mizz Koko, Ms Shazam, Luna Thicc, Fizzi Soda, Vexxamen, , Winter D’va, Edamode, Xanado Phlox, Sapphire Blast, Mika Vogue, Yeastmonster, Vyla Virus, Becca D’Bus, Ambika Raichand, Dahlia Rose, Tre$ha Jaws, Vivihoe, Polly A Maury, Opal Ophelia, Kiyomi & Hiao Hiao, Ada Heart, Charlotte Rays dan Fanservia Le’Ronx!


Ikuti kami di Telegram!


Sungguh bertenaga sekali persembahan mereka. Pasti ramai yang menonton juga tergelek-gelek kat rumah kan? Dandanan dan solekan mereka juga amat terperinci sekali. Busana yang mereka gayakan juga amat anggun!

.

Hampir 7000 orang menonton acara LIVESTREAM PinkDot digital itu yang terpaksa dialihkan ke wadah digital dek penularan Covid-19. Bertemakan ‘Love Lives Here’ atau ‘Cinta Hidup Di Sini’ (feel free to correct the translation), tahun ini tahun ke-12 acara PinkDot dijayakan.

Anda boleh membaca pesanan cinta dan sokongan di peta virtual di lelaman PinkDot.sg.

.

Acara PinkDot, sebuah perhimpunan bagi masyarakat lesbian, gay, bisexual, transgender and queer (LGBTQ+) pertama kali diadakan pada 2009. Sejak tahun itu, acara tersebut diadakan setiap tahun di tempat yang sama, Taman Hong Lim.

– Pengkritik Sandiwara

(Gambar header: YouTube PinkDotSG)

One comment

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out /  Tukar )

Google photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google anda. Log Out /  Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out /  Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out /  Tukar )

Connecting to %s