Selebriti Melayu setempat yang sokong Pink Dot/LGBTQ+

Salam sejahtera, para pembaca setiaku!

Semalam merupakan acara tahunan Pink Dot yang menyambut golongan LGBTQ+. Segelintir selebriti Melayu setempat telah pun menunjukkan sokongan mereka dengan memuatnaikkan gambar yang bertemakan LGBTQ+.

  1. Aisyah Aziz

Dalam siaran Instagramnya yang menunjukkan purnama bercahaya merah jambu, Aisyah Aziz menulis:

semoga satu hari nanti bila kita temu cinta, dunia tidak akan menentangnya

Aisyah Aziz juga berkata bahawa hanya cinta yang boleh mencetus perubahan bagi cinta dan kami akan terus berjuang. Wow Aisyah Aziz, wise words!!!

Beliau juga bersedia untuk komen-komen berbaur antiLGBT. Ini semua standard, ada yang dah unfollow dia pun!

2. Farah Lola

Farah Lola menunjukkan kasut Under Armournya yang berpelangi. Beliau turut mengucapkan ‘Happy #Pride!’ diiringi dengan emoji hati berwarna-warni.

3. Fakkah Fuzz

Wah wah abang dan adik berganding bersama! Dalam catatan Instagramnya yang agak panjang, Fakkah Fuzz mengimbau akan zaman di mana beliau membuat komen yang kurang sensitif terhadap individu queer.


Ikuti kami di Telegram


Kini, Fuzz telah pun belajar kesilapan dan ingin orang ramai untuk bebas bercinta dengan hak yang saksama, tanpa diksriminasi.

Dan sekarang, giliran saya untuk berikan kasih sayang balik

4. Aaron Khaled

Pelakon drama bersiri KIN itu mengucapkan ‘Happy PINKDOT DAY!’ di Instagram storynya. Sempat juga beliau warnakan tali lehernya kepada warna merah jambu! Hahahah cute!!!

5. Hatta Said

Hatta Said mengongsi poster Pink Dot dan gambar pelangi di Instagram Storynya!

6. Hirzi

Ni semua dah tau kan? Sebab dia dulu duta PinkDot 2015. Pada masa yang sama, Hirzi luahkan rasa bangga terhadap rakan-rakannya yang telah beranikan diri dan bersuara demi kesaksamaan untuk bercinta.

Bukan senang merentasi api, tapi saya ingin bersama anda di setiap langkah allyship anda

7. Munah Bagharib

Duta Pink Dot 2015 ini juga tidak asing lagi. Munah mengingatkan orang ramai bahawa mereka tidak keseorangan dan tidak harus takut untuk reach out.

Sentiasa di sini untuk kesaksamaan dan cinta!

8. Ria 897 (eh, kot entah?)

Pada 26 Jun, stesen radio setempat, Ria 897FM, memuatnaikkan gambar hos rancangan popular Netflix, Queer Eye, Antoni Porowski di IG Story mereka. Hmm… Apa maksud ni? Mereka sokong individu LGBTQ+ ke…?

Siapa lagi yang sokong eh? Did we miss anyone? Pastinya ada lebih ramai yang sokong dan dah luahkan perasaan mereka sebelum ini (maybe) tapi tak suarakan pada musim Pink Dot/bulan Pride? Atau mereka sokong secara senyap-senyap? Husnuzon je lah!

Dunia hiburan Melayu ni sememangnya penuh dengan individu yang personalitinya amat berwarna-warni sekali. Keep doing what you’re doing! We see you! Ia bukan satu perjuangan yang senang tapi teruskan berjuang!

Pengkritik Sandiwara

Advertisement

2 comments

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out /  Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out /  Tukar )

Connecting to %s