Farisha Ishak dah nikah!

Salam sejahtera, para pembaca setiaku!

Pemenang The Final 1, Farisha Ishak telah pun selamat diijabkabulkan minggu lepas.

Menurut catatan di Instagramnya, Farisha telah pun bernikah dengan crushnya minggu lepas. Sudah 4 tahun semenjak ‘interaksi janggal’ di kelas Cina di Universiti Kebangsaan Singapura (NUS) bersama suaminya, Connor Cooke, dan akhirnya mereka sudah pun digelar suami isteri!

Farisha turut berkongsi bahawa percintaan mereka mengharungi pelbagai cabaran seperti jarak jauh, zone masa, budaya dan agama berbeza. Bersama-sama, mereka saling bertanya soalan dan belajar walaupun berasingan.


Ikuti kami di Telegram!


Beliau juga amat berterima kasih kepada Ustaz Tarmizi (@miziwahid) atas syarahannya di acara perkahwinannya itu.

Tahun lepas, sekitar bulan Oktober, Farisha memuatnaikkan gambar bersama kapsyen yang kononnya memberi bayangan beliau sudah bertunang pada 21 September.

View this post on Instagram

💍 21st September 2019 💍

A post shared by Farisha Ishak (@farisha_ishak) on

Kapsyen ’21 September 2019′ yang diiringi emoji cincin seolah-olah memberi andaian bahawa gambar ini gambar pertunangannya.

Kami mengucapkan tahniah kepada Mr & Mrs Cooke! Semoga mahligai yang dibina akan sentiasa bahagia dan kekal hingga ke Jannah.

Banyak jugak kapel yang bernikah time Covid19 ni eh? Syukur, dapat save duit! Bijak.

-Pengkritik Sandiwara

(Gambar header: Instagram farisha_ishak)

Advertisement

One comment

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out /  Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out /  Tukar )

Connecting to %s