Salam sejahtera, para pembaca setiaku!
Pelawak setempat, Fakkah Fuzz, merupakan retis paling diperbualkan di lelaman sosial Twitter tahun ini!
Antara penghibur lain yang turut dalam carta 10 teratas (Most Tweeted about entertainers in Singapore) itu termasuk Neelofa, Ariana Grande, Justin Bieber, James Corden, Lady Gaga, Taylor Swift dan banyak lagi, menurut Twitter.
Mestilah Fakkah berada di tangga teratas, kan? Lawak jenaka beliau yang lucu lagi asli pasti dapat tarik perhatian ramai warganet di Twitter. Bukan itu saja, beliau juga telah mengongsi bahawa beliau sokong LGBT, mungkin dengan cara itu, menarik lebih peminat dari puak LGBT!
Tahun ini juga amat istimewa kerana setelah berada dalam carta yang seakan sejak 2018, Fakkah akhirnya berada di tangga yang pertama!
Pada 2018 dan 2019, Fakkah berada di tangga ke-4 dan ke-8 masing-masing.
Ini membuat Fakkah Fuzz setaraf dengan pelakon berbakat asal Singapura, Aaron Aziz.
Pada tahun 2017, Aaron Aziz merupakan personaliti yang punyai paling banyak pengikut!
Tahniah buat Fakkah Fuzz! Semoga tahun 2021 akan membawa anda lebih banyak rezeki.
– Pengkritik Sandiwara
(gambar header: Twitter Singapura)
[…] laporan The Straits Times dan The New Paper semalam, pelawak Melayu setempat, Fakkah Fuzz, kelihatan bermain permainan dan membuat persembahan tanpa memakai pelitup muka mahupun pelindung […]
LikeLike
[…] Fakkah Fuzz sekali lagi muncul dalam senarai individu yang sering diperbualkan di wadah media sosial popular, Twitter. […]
LikeLike