Hafidz Rahman, Fakkah Fuzz antara ikon popular Twitter, Shakira Law terkecuali

Salam sejahtera, para pembaca setiaku!

Fakkah Fuzz sekali lagi muncul dalam senarai individu yang sering diperbualkan di wadah media sosial popular, Twitter.

Pada tahun-tahun lepas, Fakkah telah berada di dalam senarai serupa. Pada 2020, Fakkah Fuzz muncul di tangga pertama bagi penghibur yang sering diperbualkan di Twitter.

Tahun ini, pempengaruh dan cross-dresser yang kian popular dan tidak asing lagi, Hafidz Rahman (asonofapeach) turut tersenarai dalam kategori paling diperbualkan. Namun, tiada ranking yang diberikan kali ini.

Menarik sekali, kesemua individu tahun ini adalah lelaki. Difahamkan para wanita tidak seaktif di Twitter tahun ini. Antara lain jejaka yang berada di dalam senarai yang sama adalah Joakim Gomez, Xavier Lur dan Mr Brown.

Ada juga berpendapat bahawa Shakira Law patut berada di senarai ini.

Nasib tidak menyebelahi penyanyi itu nampaknya. Cuba lagi tahun depan.

Tahniah buat anak Melayu yang muncul dalam senarai berprestij ini, semoga tweet-tweet, luahan hati, buah fikiran anda yang dilafazkan di Twitter bukan saja menghiburkan tapi dapat memberi kesan terhadap masyarakat Singapura!

– Pengkritik Sandiwara

(gambar header: Twitter SG)

Advertisement

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out /  Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out /  Tukar )

Connecting to %s