Salam sejahtera, para pembaca setiaku!
Masihkah anda mencari cinta dan mengharapkan aplikasi seperti Coffee Meets Bagel, Tinder, Bumble, Muzmatch dan Grindr?
Sekiranya jawapan anda ya, anda harus tonton pementasan Big Brown Girl oleh How Drama.
Tak kisahlah anda ingin tonton di teater atau alam maya, anda dapat tentukan kehidupan dating Ruby dengan memilihkan hala tujunya dalam perjalanan mencari cinta.
Dalam muzikal interaktif mini ini, Ruby bakal bertemu dengan beberapa jejaka di Singapura, Malaysia, Washington D.C. dan juga Paris! Kencang uolls.
Diterbitkan oleh Ross Nasir dan Melissa Sim, pementasan ini akan berlangsung hujung minggu ini dan hujung minggu depan di Esplanade serta di wadah Zoom. Anda boleh dapatkan tiket-tiket anda di sini.
So, kalau korang nak gelak ketawa sambil tonton kisah yang penuh jiwa, cepatlah book tiket!
– Pengkritik Sandiwara
(gambar header: Jon Cancio (How Drama))
[…] Min agak ghairah untuk menonton Big Brown Girl di Esplanade kerana ia kembali sekali lagi setelah tiket laris dijual tahun […]
LikeLike