Salam sejahtera, para pembaca setiaku!
Menurut laporan The Straits Times dan The New Paper semalam, pelawak Melayu setempat, Fakkah Fuzz, kelihatan bermain permainan dan membuat persembahan tanpa memakai pelitup muka mahupun pelindung muka dalam video serta gambar yang dimuatkan di socmed.
Video dan gambar itu juga menunjukkan barisan pelakon Ah Boys To Men seperti Charlie Goh, Joshua Tan dan Noah Yap, serta pempengaruh Nicole Choo dan Jai Kishan.
Mereka semua berada di majlis perkahwinan bintang filem Ah Boys To Men, Maxi Lim dan isterinya, Lizy Teo, yang berlangsung di One Degree 15 Marina in Sentosa Cove, Ahad lepas pada 20 Disember.
Maxi Lim telah pun keluarkan kenyataan maaf di Instagramnya dan akan bekerjasama dengan pihak berkuasa mengenai perkara ini.
Lembaga Pelancongan Singapura (STB) telah dimaklumkan mengenai hal ini dan sedang menyiasat.
– Pengkritik Sandiwara
[…] majlis pernikahan tersebut, kesemua orang kelihatan memakai pelitup muka, termasuk sepasang mempelai bahagia […]
LikeLike