Murder At Mandai Camp: pementasan interaktif gerun sekali!

Salam sejahtera, para pembaca setiaku!

Seperti segelintir orang-orang di luar sana, memang agak ragu-ragu ingin menonton pementasan teater menerusi wadah zoom. Sebab banyak soalan bermain di fikiran. Antaranya, “sama ke seperti tonton di panggung? Suasana konsperm lain kan? Abeh kalau WiFi tiber rosak camne eh?”

Tapi sebaik saja dimasukkan ke dalam saluran Telegram Murder At Mandai Camp semalam, saya amat ghairah dan tidak sabar untuk menjadi penyiasat untuk menyelidik punca kematian rekrut Ilhan Rozells (Irsyad Dawood). Rasanya seperti ditarik ke dalam alam baru gitew!

.
Sesi perbualan LIVE bersama penulis dan pengarah Chong Tze Chien serta cast Murder At Mandai Camp

Memang benar kata mereka dalam sesi perbualan LIVE di lelaman Facebook Sight Lines Entertainment, ini bukanlah cara ‘baru’ teater akan dipentaskan. Malah, wadah digital juga tidak akan menggantikan teater sebenar. Apa yang saya alami (secara peribadi) apabila menonton dan melibatkan diri dalam Murder At Mandai Camp adalah satu persembahan dan permainan digital yang amat saya nikmati.

Korang masih ingat tak dulu YouTube ada video interaktif di mana anda boleh pilih kesudahan kisah-kisah siri YouTube itu? Anda hanya harus klik bagaimana anda ingin ceritanya berakhir, whether video A or B, and the story will split further from there? Yeah, this is similar…ish.

Sedang anda menonton pementasan ini, anda akan menerima dokumen, video, gambar, screenshots of their socmed statuses menerusi saluran Telegram. Dan bersama penonton yang lain, anda juga boleh menyiasat, membuat andaian/kesimpulan dan berbincang tentang suspek pembunuhan ini. Ada yang buat Google Docs lagi!!! And Joyce, please just enjoy the show.

Menerusi wadah telegram ini, ia membuat pengalaman menonton Murder At Mandai Camp lebih interaktif dan lebih personal kerana seolah-olah penonton pun terlibat dan penting untuk memastikan jalan ceritanya! Usah risau, anda tidak akan terlepas apa-apa apabila melihat bukti-bukti di Telegram kerana anda akan diberi masa untuk menyelidik bukti baru apabila ia dihantar kepada anda!

I would say the ‘host’ of this show sedikit sebanyak telah meruntuhkan tembok ke-empat (4th wall) dan penggunaan teknologi telah menghubungkan (connect) penonton dan pementasan itu!

.

Sekiranya anda masih tergerak hati nak beli tiket, saya sarankan beli je! No ragrets!!! Lagi-lagi kalau korang suka benda-benda seram. Memang pementasan virtual ni akan mengejutkan anda, tak kisah di skrin komputer/TV anda atau di skrin telefon anda. Semua confirm seram!

Kalau korang tonton malam ni atau esok, pastikan lampu gelap ok hehehehhehe. Ok lah jalan ceritanya agak menarik dan membuat penonton tertanya-tanya siapakah pembunuhnya. Setiap percakapan dan setiap adegan tu penonton sering lihat perkara sekeliling watak itu kerana akan terdapat pembayang penting untuk siasatan! Sama ada ia Tan (Bright Ong) atau LTA Haziq (Erwin Shah Ismail), rekrut lain, hantu atau binatang buas di hutan? Tapi akhirnya it’s…. [redacted], oh wells!

Question: Haziq simpan polong eh?

Really hope akan ada banyak lagi persembahan seperti ini! Mantul!!!!!

Hampir 300 orang menontonnya semalam, so do you want to be part of history or nah? To be amongst the hundreds untuk menonton teater interaktif zoom pertama di Singapura?

Yang penting, jangan pandang belakang…

Pengkritik Sandiwara

(Gambar header: Sight Lines Entertainment)

Advertisement

4 comments

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out /  Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out /  Tukar )

Connecting to %s