Salam sejahtera, para pembaca setiaku!
Sebuah syarikat makanan kecil-kecilan, Lao Muji, dilanda kontroversi dek bahasa yang digunakan di Instagram mereka untuk mengetengahkan lauk kari ayam.
Daripada gambar tangkap layar oleh pengguna Twitter @ladyarduenna, Lao Muji telah menulis:
BOLEHKAH ANDA BAU AROMANYA? Sepanjang tahun, Makcik Cheri telah menyempurnakan resipi Kari Ayamnya. Kami hanya gunakan peha ayam ternak-bebas, dimasak dengan telur, kentang dan rempah ditumbuk segar (tiada bau busuk serbuk kari!)
Alamak sis. Obviosuly frasa tersebut mendatangkan perdebatan hangat di Twitter!
Apa yang dimaksudkan dengan ‘bau busuk serbuk kari’? Kari tu bau busuk ke? Abeh kari dia kalau tak bau kari, bau apa eh? Petai? Belacan? Honestly, brown people’s food ni memang ada bau yang kuat. But kami tidak akan describekannya as… smelly.
Selain itu, untuk membuat kari bukan serbuk kari saja digunakan, banyak lagi rempah ratus harus ada. Kenapa korang cakap pasal serbuk kari je???????? OMG what hahahha.
Ramai juga berpendapat bahawa Makcik Cheri tak begitu mahir masak kari. Kerana serbuk kari harus ditumis hingga keluar aroma harumnya!
Are we going back to 2011? Tentang the whole drama pasal jiran mereka masak kari?
Secara kebetulan, karyawan Melayu Alfian Sa’at juga baru saja memuatnaik gambar mengenai karyanya ‘Cook A Pot of Curry’ di Instagram.
Nampaknya masalah yang sama tetap wujud walaupun sudah hampir sedekad peristiwa ini berlaku.
Mujurlah Lao Muji telah mengeluarkan kata-kata maaf.

Hai lelaki-lelaki, kami benar-benar minta maaf kerana menulis ‘serbuk kari busuk’. Kami tidak berniat untuk menyinggung sesiapa atau sebarang bangsa. Hakikatnya, kami peminat segala macam jamuan. Kami hanya ingin bermaksud bahawa kami gunakan bahan-bahan segar dan bukan serbuk paket. Dalam kes ini, kami faham bahawa kami tidak melafazkannya begitu baik dan kami minta maaf seikhlasnya atas kesilapan kami.
Siaran kari ayam itu telah dipadam.
Ok lah, lain kali jangan panggil makanan busuk tau? Tengok saja kalau mat salleh panggil durian busuk, kita melenting kan? Apatah lagi kalau masyarakat Singapura sendiri panggil makanan kita sendiri busuk. Lagilah kita bingit. Kecuali kalau makanan tu sendiri memang digelar busuk seperti smelly tofu… gitu!
Oh, kepada korang yang nak order, it’s not halal ye!
Lain kali sebelum tulis apa-apa di socmed, baca 10 kali ok?
– Pengkritik Sandiwara
(Gambar header: Instagram Lao_Muji)
[…] peristiwa lain yang melibatkan makanan adalah, Nasi Ambeng Nyonya, Kari ‘busuk’, Nasi Kerabu […]
LikeLike