Baca Skrip: #AnakMelayu oleh Teater Ekamatra

Salam sejahtera, para pembaca setiaku!

Teater Ekamatra bakal mementaskan siri monolog digital mereka, Baca Skrip #_____, yang kedua esok! Bertajuk #AnakMelayu, ia akan menampilkan 6 pelakon iaitu Ali Mazrin, Farah Lola, Rusydina Afiqah, Izzul Irfan, Uddyn J dan Amirah Yahya.

Pelakon Anak Melayu (1992): Siti Hajar Gani, Junainah Yusoff, Mohd Fared Jainal

Apabila karya Noor Effendy Ibrahim ini pertama kali dipentaskan pada 1992, sukar bagi masyarakat Melayu untuk menerimanya. Ini kerana Anak Melayu mencerminkan kehidupan 6 belia Melayu dalam keadaan yang tidak ditapis dan tidak menyenangkan, serta perhubungan mereka dengan keluarga, agama dan kasih sayang.

30 tahun kemudian, watak-watak ini malangnya masih tidak asing lagi dalam masyarakat kita. #AnakMelayu membawa penonton dalam jerat kehidupan setiap watak saling realiti mereka terbelit antara satu sama lain.

Skrip yang akan dibaca menampilkan versi yang telah dikemaskinikan pada tahun 2020.

Tiket-tiket boleh didapati di Peatix pada harga $10. Baca Skrip #AnakMelayu akan berlangsung pada 26 Jun, 8 hingga 10 malam. Kalau korang takde apa-apa plan esok malam, boleh lah ajak members lepak secara virtual di Zoom dan sokong seni Melayu!

Siri ketiga #Baca Skrip:_____ bakal berlangsung pada 24 Julai. Siri pertama #Baca Skrip:_____ bertajuk Hantaran Buat Mangsa Lupa telah pun berlangsung 29 Mei lalu.

Pengkritik Sandiwara

(Gambar header: Teater Ekamatra)

Ikuti kami di Telegram!

Advertisement

One comment

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out /  Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out /  Tukar )

Connecting to %s