Pesta Raya Online: It’s Still Hari Raya & Artistari Gentari

Salam sejahtera, para pembaca setiaku!

Seperti di mana anda semua tahu, minggu ni anda boleh saksikan pelbagai hiburan di lelaman YouTube Esplanade sempena Pesta Raya Online.

Kebanyakan daripada persembahan yang disiarkan di YouTube merupakan rakaman persembahan (baik berbayar mahupun percuma) Pesta Raya pada tahun-tahun lepas. Seperti Alkesah, Dikir-pella, Raya Block Party dan sebagainya.

Mungkin antara daripada anda yang pernah menonton rancangan tersebut dan ingin mengimbau kembali detik-detik indah itu dengan menonton rakaman tersebut. Memanglah seronok melihat persembahan itu, walaupun melalui skrin komputer/telefon/tv, kerana walaupun di rumah, kami dapat menikmati seni Melayu. Cuma mungkin suasananya agak berlainan!

Kepada anda yang mencari rancangan baru sempena Pesta Raya, terdapat tiga rancangan yang boleh anda ikuti. Pentas Pesta, It’s Still Hari Raya dan dua tarian daripada kumpulan Artistari Gentari (ATG).

Kami hanya menonton It’s Still Hari Raya dan tarian ATG so we gonna comment on those dalam post ini!

Dalam Mari Menari! Joget Hitam Manis ft. Pucuk Pisang, penonton bukan saja dapat menikmati tarian repertoire ATG ini. Malah, penonton juga boleh menari bersama kerana terdapat tutorial di mana anda boleh belajar ragam tarian ini! Kalau korang nak, boleh kongsi percubaan korang menari dan post di IGS! Gitew.


Ikuti kami di Telegram!


Tarian kedua yang bertajuk #stateofemergency pula menampilkan tarian kontemporari. Menonton video lebih kurang 6 minit itu membuat bulu meremang! Walaupun setiap penari hanya dilengkapi dengan (mungkin) setakat telefon bijak mereka, the cinematography + editing??? URGH EXCELLENT! Walaupun setiap penari berada di ruang masing-masing, penonton dapat melihat the synergy dan kesamaan para penari dalam video ini. Terasa juga emosi yang cuba divibeskan melalui tarian ini. Truly a masterpiece! Elevating how we consume arts at home!

It’s Still Hari Raya bersama Kiki amatlah seronok. Terutama sekali jika anda mempunyai anak kecil yang semangat sangat nak buat pepatung stokin! Ceritanya yang dipersembahkan oleh Tysha Khan agak lucu dan lagunya pula confirm akan stuck in your head tau.

Tapi tu lah… kisah ceritanya dah tak relevan kot. Sebab pada 19 Jun, Fasa Kedua dah mula aka kita dah boleh keluar beraya. In fact, ramai orang keluar beraya hahahah! But hey, takde orang yang boleh foresee Fasa Kedua berlaku dengan cepat. Also, Raya dah habis dah so this story dah basi gitu……….. Yea you can say that Esplanade sepatutnya adakan Pesta Raya lebih awal to make this story relevan tapi Pesta Raya ni pada pendapat saya takde kena mengena dengan Hari Raya pun!!!

Just so happen Pesta Raya berlangsung a little late in Raya atau selepas Raya setiap tahun. Perkataan Raya in Pesta Raya bermaksud celebrate!!! So Festival of Celebration gitu… (ini sekadar pendapat). Alah, bukannya perkara baru untuk ‘sambut’ Raya setelah Raya basi. Dulu pun kita ada banyak acara Perjumpaan Hari Raya yang berlangsung SELEPAS bulan Syawal, kan?

.

Terdapat juga template bingo/permainan IGS yang korang boleh isi kalau korang nak!

Secara keseluruhan, kami amat menikmati Pesta Raya 2020. Ye lah, dapat juga menikmati seni Melayu dalam musim post-Raya vibes ni. Walaupun kita tidak dapat ke Esplanade atau mana-mana tempat hiburan untuk menghadiri rancangan hiburan, sekurang-kurangnya, kita boleh tonton di rumah atau di mana jua kita berada. Benar, tiada interaksi antara penonton dan para pelakon/penyanyi/penari yang sering kita rasakan apabila di panggung, tapi tetap dihiburkan, bukan?

Mungkin sekiranya Covid-19 ini berterusan (adoiiiii), para penggiat seni akan merubah cara mereka persembahkan seni? Dan kami sebagai penonton akan juga tukar cara kita tonton seni? Apa pendapat anda?

Pesta Raya Online berlangsung dari sekarang sehingga 28 Jun ini.

Pengkritik Sandiwara

(Gambar header: Facebook Pesta Raya)

Advertisement

One comment

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out /  Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out /  Tukar )

Connecting to %s