Semalam, Diva Nusantara, Dato’ Sri Siti Nurhaliza atau lebih manja dengan panggilan ‘Tokti’ mengumumkan di Instagramnya bahawa beliau bakal lancarkan album terbarunya tidak lama lagi.
Pilihan Raya akan diadakan pada 10 Julai*. Seminggu selepas pelancaran album terbaru Tokti.
*gasps!
Secara kebetulan, tajuk album Tokti… ManifestaSITI2020. Apa yang sering dilafazkan parti-parti politik semasa musim pilihan raya? MANIFESTO.
PAP
WP
SDP
Reform Party
Jadi adakah ini semua kebetulan di mana Tokti akan melahirkan album terbarunya, yang bertajuk ManifestaSITI2020, seminggu sebelum hari mengundi di Singapura? Tokti akan masuk parti pembangkang dalam General Elections 2020 ke? Jengjengjeng!!!
.
INI SEMUA DAH DIRANCANG DAH!!!!
– Pengkritk Sandiwara
Ini sekadar teori konspirasi yang tak masuk akal so pls sekadar hiburan je! Takde kaitan pun Tokti dengan Pilihan Raya 2020!!! Cuma, jangan lupa undi + dengar album Tokti!!!