Salam sejahtera, para pembaca setiaku!
Hmm adakah anda bosan duduk di rumah dek CB 2.0 yang tak seberapa sangat? Dah bosan dengan rancangan Netflix atau video YouTube? Buntu, tak tahu nak buat apa? Rindu tonton hiburan secara LIVE di depan mata?
Apa kata uolls tengoklah Pesta Raya yang kini telah berpindah di wadah digital!
Malam ini, anda boleh saksikan persembahan secara langsung Enche Ahmad dan Gema Serumpun!
Persembahan ini boleh ditonton secara percuma sehingga 12 Jun.
Enche Ahmad merupakan kumpulan yang mungkin dikenali ramai sebagai 2D! Adik bongsu dalam keluarga tersebut menjadikan kumpulan itu Enche Ahmad.
Gema Serumpum menyaksikan persembahan daripada Gamelan Asmaradana, Gendang Akustika dan Aliran Bebas.
Esoknya pula, anda boleh menari mengikut rentak muzik rancak!
Persembahan Safuan Johari dan Azrin Abdullah dalam gambus electronica pasti menghiburkan! End it with a bang dengan konsert Pesta Dangdut II nyanyian Masnie, Rahila Rashun dan Sheer Anguilla.
Pada hujung minggu pula, terdapat 5 persembahan menarik menanti anda.
Pada hari sabtu, acara muzik, tarian dan cerita kanak-kanak menjadi sajian hiburan sekeluarga.
Ekta Singapura akan mempersembahkan tarian berjudul Bloom (Mekar). Si cilik boleh menonton ‘There are saga seeds in our pockets’ (Ada biji saga di dalam sagu kami)! The Kribo Brothers turut membuat persembahan Sabtu nanti.
Saksikan Sofia Nin, Aisyah Lyana & Namie serta Azpirasi pada hari Ahad.
Masing-masing akan mempersembahkan Poe(M)usic: Blessed dan Rumahku.
Jika itu tidak mencukupi, juga terdapat beberapa filem pendek yang boleh anda tonton sempena Pesta Raya.
5 buah filem pendek bertajuk Arang, Pendekar, Sarung, Warisan (Papassang Tu-riolo) dan Yayi – Take a Bow boleh anda tonton sehinggalah 27 Jun nanti.
Yang bestnya, semua ni PERCUMA! GRATIS!
Bolehlah ia menjadi peneman anda selagi kita menikmati hari-hari terakhir P2HA ni!
Selamat menonton! Untuk maklumat lanjut, lungsuri lelaman Pesta Raya.
– Pengkritik Sandiwara
(gambar-gambar: Esplanade Pesta Raya)
[…] dua tahun menghibur penonton di alam maya, kini kita semua boleh menonton Pesta Raya secara depan […]
LikeLike