Malam Seram podcast no. 1, Fiza O cecah 10k subscribers

Salam sejahtera, para pembaca setiaku!

Awal hari ini, mantan DJ Ria 89.7FM mengongsi bahawa rancangan bual bicaranya, Malam Seram kini di tangga pertama podcast Spotify dan Apple di Malaysia, tahniah!

Rancangan seram yang mulai semenjak September 2019 itu mengatasi rancangan seperti TED Talks Daily dan Apple Events.

Di carta podcast Melayu setempat pula, Malam Seram berada di tangga nombor 4. The Podcast bukan lagi di tangga pertama. Manakala podcast tersohor satu ketika dulu, OkLetsGo, berada di tangga ke-7.

Dalam siaran Instagram KC, KC menjelaskan walaupun Malam Seram berada di pelbagai wadah seperti YouTube, Facebook serta podcast, ia tetap dapat mengukuhkan tangga 10 teratas, bukti sokongan kuat yang amat meminati rancangannya itu.

Ye tak ye, eh? Ni kalau kita gabungkan jumlah penonton dan pendengar di semua wadah ni, mesti berlambak kan?

Bagi isterinya, Fiza O pula, saluran YouTubenya, Miss Fiza O, kini sudah mempunyai 10,000 pelanggan (subscribers)!

Baru saja sebulan menggelar diri sebagai Youtuber sepenuh masa, Fiza O mampu meraih sebanyak 10,000 pelanggan setia!

Apakan tidak, topik perbualan di rancangan Fiza O and Girlfriends amatlah sensasi dan membuka minda! Tahniah, Fiza O!

Lebih tepat lagi, YouTube Fiza O kini punyai 10.2k pelanggan.

Semoga pasangan power couple ini akan terus membawa kelainan dan mencabar corak kandungan media sosial setempat Singapura!

Pengkritik Sandiwara

(gambar header: Instagram KC)

Advertisement

One comment

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out /  Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out /  Tukar )

Connecting to %s