Salam sejahtera, para pembaca setiaku!
Tempoh pemutus litar (CB) ini bukanlah penghambat bagi karyawan teater Melayu setempat untuk meluahkan kreativiti mereka.
Baca Skrip #_____, sebuah persembahan monolog digital yang diterbit Fezhah Maznan dan Teater Ekamatra akan menemui anda minggu ini.
Well, like what the title suggests, ia merupakan pembacaan skrip pementasan Melayu Singapura.
Setiap sesi akan diiringi dengan pengenalan agar dapat memberi konteks sejarah dan sosial, politikal dan budaya karya tersebut. Untuk mengakhiri pembacaan tersebut, akan ada tindak balas kritikal oleh tetamu undangan.
Ini akan mengajak penonton untuk melihat karya tersebut dengan lebih mendalam dan memberi sudut pandangan berbeza dalam pembacaan pementasan tersebut.
Baca Skrip #_____ akan berlangsung pada 29 Mei, 26 Jun, 24 Julai dan 28 Ogos.
Pementasan pertama yang akan dibacakan ialah Hantaran Buat Mangsa Lupa, sebuah trilogi yang diilhamkan oleh tiga acara besar yang membawa kepada penubuhan Islam.
Tiga trilogi tersebut adalah GENAP 40, W.C. dan 94:05. Edisi pertama Baca Skrip #_____, Hantaran Buat Mangsa Lupa akan berlangsung 29 Mei ini pada 8 malam. Ia akan dipersembahkan dalam bahasa Melayu, dengan sarikata Inggeris.
Tiket boleh didapati di Peatix pada harga $10.
Nampaknya banyak usaha yang dilakukan untuk memupuk minat dan melestarikan pementasan Melayu Singapura, ya? Bestnya!
– Pengkritik Sandiwara
Baca lagi!
[…] Ekamatra bakal mementaskan siri monolog digital mereka, Baca Skrip #_____, yang kedua esok! Bertajuk #AnakMelayu, ia akan menampilkan 6 pelakon iaitu Ali Mazrin, Farah Lola, […]
LikeLike