RUMAH persembahkan RUMAH’s SOLIDARITY PROJECT

Salam sejahtera, para pembaca setiaku!

Dalam kita duduk di rumah dalam tempoh pemutus litar ini, banyak saja kandungan dalam talian yang tumbuh bak cendawan, kan? Lagi-lagi daripada syarikat teater setempat yang memainkan semula pementasan mereka secara online.

Salah satu kandungan online baru ialah RUMAH’s SOLIDARITY PROJECT oleh RUMAH by Khai, sebuah projek digital guerilla-styled yang bertujuan untuk memperkenalkan karya teater Melayu Singapura kepada penonton yang baru dan lebih besar.

Projek itu yang telah bermula semenjak 20 Mei itu akan mengetengahkan sedutan dari pementasan Melayu setempat, yang dipersembahkan dalam bentuk monolog.

Antara lain, projek ini juga berharap lebih usaha akan dibangunkan untuk mengarkib karya pementasan Melayu setempat. Selain rakaman pementasan yang telah dipentaskan oleh syarikat teater tertentu, tidak banyak karya Teater Melayu yang diarkibkan.

Dengan adanya Rumah’s Solidarity Project ini, orang awam dapat mengakses monolog ini dengan harapan akan memupuk minat untuk terus mengabadikan dan mengkaji Teater Melayu Singapura.

Persembahan Rumah’s Solidarity Project akan berlangsung setiap Rabu dan Khamis sehingga 30 Julai ini.

Anda boleh tonton siri monolog ini di lelaman mereka.

Pengkritik Sandiwara

Advertisement

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out /  Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out /  Tukar )

Connecting to %s