Salif Hardie juara Berani Nyanyi?

Salam sejahtera, para pembaca setiaku!

Setelah 8 minggu, juara peraduan nyanyian Suria akhirnya dinobatkan!

Penggiat teater kacak lagi sado, Salif Hardie, telah menewaskan 4 lagi finalis iaitu Cassandra Spykerman, Rizman Putra, Suzairhe Sumari dan Fir Rahman dalam Berani Nyanyi?.

Salif telah menyanyikan lagu Taman Rashidah Utama oleh Wings dan Angguk-Angguk Geleng-Geleng yang dipopularkan oleh Ahli Fiqir.

Hanya Salif dan Cassandra yang layak ke pusingan seterusnya. Menurut juri Taufik Batisah, ia bukan pilihan unanimous tetapi berdasarkan markah.

Antara juri lain adalah Aisyah Aziz, Hyrul Anuar, Sheikh Haikel dan Rosalina Musa.

Malang sekali, peserta lain terkecundang.

Di pusingan akhir, Salif berduet dengan Huda mendendangkan lagu Sandarkan Pada Kenangan.

Cassandra pula membawa lagu Inikah Cinta bersama Fauzie Laily.

Seramai 24 retis popular dan tak begitu popular telah memasuki peraduan ini. Antaranya adalah Nurul Aini, Syirah Jusni, Lydia Asyiqin, Surya Rahmanty, Iskandar Shah, Azura Goh, Zuhairi Idris, Hans Hamid, Muzammil Sulaiman dan ramai lagi.

Ekcili kan rancangan ni boleh dianggap fun tau. Tapi editing menyeksa tengok.

Di Fesbuk, Nana Karia memberi ulasan pedas.

.

Next time Nana Karia buat persembahan kat Suria, Min nak tengok persembahan yang OVER. Kalau dia setakat pekik vokal, Min tak nak!

Selain itu, production house untuk Anugerah (Eaglewing Cinematics or wtv) harus belajar dari yang ni (3M or sumtin). Lain kali buat Anugerah tahap ni. Kita ada potensi. Korang je malas.

Nyanyi 1.5 minit, komen juri ‘awak boleh nyanyi’ pastu dah. A flop.

– Pengkritik Sandiwara

(gambar header: IG mediacorp Suria)

Advertisement

2 comments

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out /  Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out /  Tukar )

Connecting to %s