Berani Nyanyi? GEMPAK!

Salam sejahtera, para pembaca setiaku!

Korang tengok tak Berani Nyanyi? tadi? Sungguh menghiburkan sekali, kan?

Peraduan terbaru ini menampilkan 24 retis misteri yang akan melaungkan suara mereka di pentas, menariknya mereka semua bukanlah penyanyi.

Alangkah hampanya Min apabila tamat saja lagu pertama yang mereka nyanyikan, terus identiti mereka didedahkan. Kalaulah unsur misteri itu dapat dilengahkan lagi, kan saspens dibuatnya? Dapat mengajak penonton untuk terus menonton untuk ketahui siapa penyanyi di belakang panel.

Berani Nyanyi? dihoskan tiga pengaraca, iaitu Hafidz Rahman sebagai pengacara yang berinteraksi dengan juri manakala pasangan ikonik Najip Ali dan Cik Sal menjadi hos utama.

Tak kering gusi dibuatnya menonton pasangan ini kembali ke TV setelah berdekad-dekad menunggu.

Min amat suka perbualan atau perbincangan selamba antara juri minggu ini. Dalam peraduan ini, Aisyah Aziz, Sheikh Haikel, Hyrul Anuar dan Rosalina Musa menjadi juri tetap, dan Kumar pula juri undangan.

Konsep rancangan ini juga unik sekali. Ala-ala The Masked Singer with a twist gitew.

Setelah mendengar peserta menyanyi buat kali pertama, salah seorang daripada mereka akan disingkirkan. Minggu ini, Farah Lola dan Cef Bob menjadi peserta pertama untuk meninggalkan pentas Berani Nyanyi?

Kasihan sekali, kedua-dua peserta ini seolah-olah telah beri bayangan bahawa mereka peserta Berani Nyanyi? Terutama sekali Cef Bob!

Cef Bob telah mengongsi gambar ini sejam sebelum mulanya Berani Nyanyi? manakala Farah Lola pula memuatnaikkan perbualan ini:

Ekcili, hampir semua peserta dah beri bayangan. Kecuali Fir Rahman yang merahsiakan penglibatannya!

Mungkin peserta harus tandatangan NDA agar tidak leak kepada penonton/pengikut mereka?

Di akhir episod pertama, setelah menyanyi lagu secara solo, Fir Rahman dan Zuhairi Idris mara ke pusingan seterusnya. Perjalanan Nurul Aini dan Syirah Jusni berakhir di situ.

Persembahan Zuhairi Idris sampai jantung dia berdarah amatlah merecik! Memang layak la menang.

Tapi kan, bila tonton rancangan ni rasanya macam terlalu pantas. Bila hos-hos berbual dia nye editing macam pantas sangat. Takde pause. Mungkin kerana nak muatkan segalanya dalam sejam. Walau bagaimanapun, ia sebuah rancangan yang fresh dan menghiburkan sekali!

Alhamdulillah, segala penat lelah pasukan Pengkritik Sandiwara untuk menggesa rancangan Suria untuk lebih menghiburkan, sensasi, kecoh akhirnya berbuah. Purrr…

Kalau ada Anugerah or whatever nonsense peraduan show, pastikan juri pun gempak. Tak nak yang diam duduk pastu kata persembahan ok.

Tak sabar nak tengok episod kedua!

– Pengkritik Sandiwara

(gambar header: IG mediacorp Suria)

@pengkritiksandiwara

Berani Nyanyi leaked footage! (IG removed sbb copyright boo 👎🏼)

♬ original sound – Pengkritik Sandiwara – Pengkritik Sandiwara
Advertisement

2 comments

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out /  Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out /  Tukar )

Connecting to %s