Aisyah Aziz berhijab, tarik perhatian warganet

Penampilannya yang kini bertudung menarik perhatian warganet di Malaysia dan Singapura.

Aisyah Aziz, penyanyi kelahiran Singapura itu, baru-baru ini sentiasa mengenakan busana menutup aurat apabila videonya muncul di socmed.

Aisyah Aziz kelihatan memakai hijab tatkala menyanyi bersama Daniesh Suffian di TikTok

Rata-rata, warganet memuji wajah baru penyanyi Bila Entah itu yang kini lebih manis dan sopan.

Sebelum tahun 2023 berakhir malam semalam, Aisyah Aziz telah meluahkan perjalanan rohaninya seperti tertera di Instagram Storynya:

Menurut penyanyi dan penggiat teater itu, beliau menjumpai solat menerusi rakan-rakan yang tidak pernah beliau jangkakan akan memberinya inspirasi seperti “itu”. Perhubungannya bersama ibu bapanya juga semakin teguh.

Beliau juga akui bahawa banyak lagi yang harus dipelajarinya.

Kami doakan yang terbaik buat Aisyah Aziz atas penghijrahannya ini.

– Pengkritik Sandiwara

(gambar header: IG Aisyah Aziz, TT Daniesh Suffian)

3 comments

Tinggalkan komen