Isu potong dibentangkan dalam pelbagai bentuk dalam pementasan arahan Fared Jainal yang berjudul Potong.
Penulis Potong, Johnny Jon Jon berjaya mengupas potong dari segi berkhatan, tali persaudaraan, jantina, ingatan dan lain-lain. Dalam pada itu, ada juga isu-isu berkaitan cantum yang tonjolkan. Antaranya ialah ikatan silaturahim, agama dan tanah air.
Penonton disajikan dengan dua unsur utama yang bercanggah, iaitu potong dan cantum dalam pementasan sempena Pesta Raya 2023 di Esplanade ini.
Menarik sekali, persoalan-persoalan yang timbul setelah menonton Potong buat kali kedua agak serupa setelah menonton Potong buat kali pertama di Taman Warisan Melayu.
Farah Ong kembali menghidupkan watak Siti sekali lagi manakala Irsyad Dawood memainkan watak Adam, Jada sebagai Salleh dan Aisyah Aziz sebagai Dr Dini.
Kisah Potong
Sebagai seorang Melayu yang tidak pernah keluar Australia, watak Adam terkejut beruk tatkala tiba di Singapura kerana terdapat beberapa misi yang harus dia utamakan di sini.
Selain menjalankan perkhidmatan negaranya untuk mendapat gelaran anak jantan. Dia juga sudah disuruh ibunya untuk ke klinik untuk melakukan prosedur berkhatan. Dia jadi tak keruan.
Ditambah pula dengan berita bahawa pakciknya – satu-satunya keluarga di Singapura – kini seorang Mak Nyah. Tak ke frust tonggeng budak tu?
Tapi, itu hanya di luaran saja. Ada rahsia yang lebih mendalam dan menyedihkan yang membelenggu keluarga tiga generasi ini.
- Siti merahsiakan keadaan alzheimernya daripada anaknya, Adam
- Salleh sakit hati kerana ibunya tidak ingatnya lagi dek alzheimer
- Salleh telah menjalani hidup yang sukar akibat gaya hidupnya tapi masih pegang kuat kepada agamanya
- Siti juga menjalani hidup yang sukar sebagai seorang ibu tunggal di negara asing
- Siti lari ke Australia pada usia muda dan tinggalkan keluarganya di Singapura
- Adam pulang ke Singapura pada usia muda dan tinggalkan satu-satunya ahli keluarganya di Aistralia
- Ibu Siti tidak tahu akan kehidupan Siti yang sudah berkeluarga di Australia
- Adam tidak tahu akan kehidupan pakcik dan neneknya sebelum dia ke Singapura
- Adam menyoal kejantanannya, dan juga pakciknya
- Salleh ragu-ragu akan kejantanan Adam
Jika dilihat dengan teliti, terdapat banyak “ulangan” atau repetition dalam karya Teater Ekamatra ini. Tiga generasi seolah-olah memberitahu kisah yang sama, cuma butirannya agak berbeza menyebabkan pengakhir cerita setiap watak itu membuahkan hasil yang berlainan.
Oleh kerana mereka tidak ingin pisang berbuah dua kali, setiap watak melakukan perkara yang berbeza kerana sudah pelajari daripada kesilapan yang pernah mereka lihat atau lalui dahulu kala.
And yes, watak Dini, seperti yang telah saya kupaskan dalam Potong versi MHC, agak… janggal.

gambar: A. Syadiq, ihsan Esplanade – Theatres on the Bay
Memang tidak boleh dinafikan bahawa watak ini memberi perbincangan terhadap emasculation dan kuasa wanita etc. Tapi… wataknya seolah-olah watak yang tidak menambah isi dalam sketsa ini. Bukan saja itu, lakonan Aisyah Aziz sebagai Dini tidak begitu meyakinkan. Kenapa kain batik dia singkat sangat for a hijabi dr, eh?
Selain itu, kenapalah sari kata kat dua penjuru… mata boleh juling nak baca and tengok pada masa yang sama!
Natijahnya, ia sebuah pementasan yang harus ditonton. Anda akan menangis, tertawa, terharu, marah dan segala emosilah!
Walaupun Min tengok untuk kali kedua, Min tetap shookt @ ending tau hahahah.
Potong akan disiarkan sehingga Ahad ini. Tiket-tiket boleh didapati menerusi Sistic.
Beli tiket sekarang!
Minggu ini terdapat pelbagai acara berbayar dan percuma di Esplanade sempena Pesta Raya, jadi… jom lah Raya Last Kopek!
– Pengkritik Sandiwara
(gambar-gambar: A. Syadiq, ihsan Esplanade – Theatres on the Bay)