Pada mulanya, saya fikirkan bahawa pementasan Potong ini akan mengetengahkan isu-isu yang ada kena mengena dengan topik berkhatan serta female genitilia mutilation. Tetapi tidak. Pementasan yang diarah Irfan Kasban dan ditulis Johnny Jon Jon ini sebenarnya mengisahkan perhubungan yang “dipotong” secara sengaja atau tidak.
Watak Adam yang dimainkan oleh Salif Hardie merupakan seorang anak muda berumur 18 tahun yang harus ke Singapura untuk memenuhi kewajipannya sebagai seorang anak lelaki Singapura, iaitu perkhidmatan negara. Pada masa yang sama, ibunya (Farah Ong) juga menyuruhnya bertemu pakciknya di Singapura agar dapat menjalankan tradisi berkhatan secara sempurna dan tradisional.
Alangkah terkejutnya apabila Adam mendapat tahu bahawa pakciknya (Fared Jainal) sudahpun menukar jantina! Bukan itu sahaja, dia juga masih teragak-agak untuk melakukan pembedahan sunat! Dapat pula doktor (Munah Bagharib) yang suka mengejek dan memberi puns yang teramat kelakar mengenai jagung-leher.
Semasa Adam berada di Singapura, dia belajar banyak tentang keluarganya. Sejarah keluarganya dan juga dilemma yang dihidapi pakciknya. Namun, dia tidak tahu bahawa ibunya menghantarnya ke Singapura bukan sekadar untuk NS dan potong, tetapi ada sesuatu perkara yang ibunya ingin rahsiakan daripadanya. Iaitu Alzheimer yang run in the family telah terkena ibunya.
Saya amat suka dengan pementasan ini kerana saya rasa Farah Ong telah berjaya memainkan watak nenek dan ema dengan begitu meyakinkan sekali. Watak Saleha juga amat menarik sekali kerana walaupun dia ini transgender, tidak tercetus dalam fikiran saya bahawa dia seorang “bapok”. Dia membawa dirinya sebagai seorang wanita. Saya cuma agak keliru dengan watak Dini. Kadang-kala, wataknya seperti terlalu ganjil. Terutama sekali apabila Adam mendapat tahu bahawa ibunya telah meninggal dunia. Abeh dia nak sampuk pasal isu keluarga???? Ok, sis werk.
Secara keseluruhan, ia sebuah pementasan yang mengisahkan kasih sayang seorang ibu terhadap anaknya, pengorbanan yang seseorang sanggup lakukan demi orang tersayang dan juga perjalanan untuk mencari identiti tersendiri. Skrip yang agak selamba tapi ada kalanya menyelitkan isu-isu serius membuat pementasan ini menarik untuk ditonton. Ia dapat mencetuskan perbincangan antara penonton. Isu-isu seperti transgender, pilihan untuk berkhatan, orang tua yang membuat pilihan untuk anak demi kebaikan anak.
Pendek kata, ia sebuah kisah yang amat menyentuh jiwa dan saya pasti amat dekat dengan hati penonton. Ini kerana dalam kita ingin mencapai cita-cita dan impian kita, kita masih seorang anak yang mempunyai tanggungjawab untuk menjaga orang tua kita. Adakah kita akan abaikan orang tua kita untuk mencapai apa yang kita inginkan? Atau mampukah ibu bapa kita hidup keseorangan dan biarkan kita mencapai cita-cita kita?
Saya juga suka begaimana setnya yang tidak bertukar tetapi dengan kehadiran watak-watak sahaja kita dapat meneka di mana mereka berada???? The magic of theatre tbh haha.
Akhirnya, Adam pun memotong…atau tidak???? Nobody knows.
Catchphrase untuk pementasan ini adalah…
– Pengkritik Sandiwara
[…] Potong (Teater Ekamatra) mengisahkan seorang anak muda yang telah bermastautin di luar negara dan terpaksa pulang ke Singapura untuk berkhidmat pada negara. Pada masa yang sama, watak itu harus sesuaikan diri kepada cara orang Singapura. […]
LikeLike
[…] Menarik sekali, persoalan-persoalan yang timbul setelah menonton Potong buat kali kedua agak serupa setelah menonton Potong buat kali pertama di Taman Warisan Melayu. […]
LikeLike