Nikmati seni nusantara di pesta raya 2023

Salam sejahtera, para pembaca setiaku!

Setiap kali menjelangnya musim Raya, pasti acara Pesta Raya anjuran Esplanade akan bermain di fikiran, kan?

Dan tahun ini, barisan persembahan yang disajikan tidak menghampakan! Anda boleh nikmati pelbagai jenis persembahan dari rantau ini di Esplanade pada 18 hinggalah 21 Mei nanti. Usah risau, di Pesta Raya pasti ada sesuatu yang sesuai untuk anda!

Kaki hantu

Bagi penggemar kisah seram, sudah tentu anda tidak ingin terlepas peluang menghadiri sesi bercerita Malam Seram Lagi Seram oleh tak lain, tak bukan KC Champion!

Seorang yang tidak asing lagi dalam ruang kisah-kisah hantu akan kembali di Pesta Raya dan kali ini di Studio Annexe. Tahun ini, Esplanade menjanjikan set yang lebih gah, bunyi yang lebih mantap, visual media dan watak-watak yang lebih banyak!

Anda boleh saksikan Malam Seram Lagi Seram pada 18 dan 19 Mei.

Kaki teater

Potong, Air Da Tohor dan Jalinan Kusam di Lemari Sosi – Pieces of reminiscence, itulah tiga buah pementasan teater yang akan menemui anda pada Pesta Raya tahun ini.

Potong (Teater Ekamatra) mengisahkan seorang anak muda yang telah bermastautin di luar negara dan terpaksa pulang ke Singapura untuk berkhidmat pada negara. Pada masa yang sama, watak itu harus sesuaikan diri kepada cara orang Singapura.

Anda boleh saksikan Potong pada sepanjang Pesta Raya iaitu 18 hingga 21 Mei nanti.


Air Da Tohor (bermaksud air pasang surut) oleh Asnida Daud & Firdaus Sani pula akan meluahkan identiti kompleks, kehilangan tradisi dan warisan orang laut dan orang pulau menerusi pementasan ini.

Anda akan diajak mengalir ke empat bahagian mendalami isu-isu seperti tradisi lisan, ketukangan maritim, makanan dan persekitaran.

Jangan terlepas Air Da Tohor kerana ia hanya akan berlangsung pada 19 Mei, 8 malam.


Pada 20 dan 21 Mei pula, anda boleh saksikan Jalinan Kusam di Lemari Sosi – Pieces of reminiscence oleh Flying Balloons Puppet (Indonesia).

Ia mengisahkan seorang wanita tua yang hidup bersendirian dalam memorinya. Dalam pada dia mencari kuncinya, dia meneroka memori lama dan mimpi yang terpendam, mengecam pembinaan sosial yang membentuk dirinya hari ini.

Apa yang akan dia ubah sekiranya boleh? Cara dia membesar, kerjayanya, pasangannya – apakah tekanan sosial yang mengakibatkan itu semua?

Jalinan Kusam di Lemari Sosi – Pieces of reminiscence melambangkan hakikat dan tekanan budaya, serta cabaran dan jangkaan yang dihadapi wanita sehingga hari ini. Anda bakal saksikan penggunaan rotan, kayu, kain dan benang memanipulasi kedua-dua objek dan pelakon untuk menceritakan kisah yang jujur ​​dan intim.

Kaki konsert

Sekiranya anda suka muzik, terutama sekali muzik Nusantara, barisan persembahan muzik pada Pesta Raya 2023 ini memang tidak akan menghampakan uolls!

Dipersembahkan oleh Orkestra Melayu Singapura, Simfoni Keroncong Nusantara meraikan kepelbagaian stail dan warna muzik keroncong!

Dihoskan oleh Rudy Djoe dan Marina Yusoff, anda pasti akan terhibur dengan persembahan oleh Emila Contessa, Dato Yusni Hamid, Eddy Ali, Suryana Norddin, Jamilah Abu Bakar dan Liliek Jasqee serta Orkes Keroncong Duta Jakarta.

Nikmati karya klasik seperti Jali-Jali, Bengawan Solo, Sayang Di Sayang dan juga lagu-lagu pop yang akan diberi sentuhan keroncong pada 19 Mei nanti!


Efek Rumah Kaca, sebuah kugiran indie Indonesia terkemuka kembali ke Singapura setelah 13 tahun, menjanjikan sebuah persembahan yang tidak boleh dilupakan!

Meskipun muzik mereka agak suram, persembahan mereka pasti menyengat dek peminat mereka yang penuh semangat!

Efek Rumah Kaca akan menghiburkan Singapura dengan lagu-lagu mereka seperti Desember, Sebelah Mata dan Cinta Melulu pada 21 Mei, Ahad.


Penyanyi yang terakhir tidak perlu sebarang pengenalan.

Dayang Nurfaizah yang baru-baru ini mengenalkan semula lagu-lagu Melayu klasik dengan album Belagu II akan bersua dengan peminat Singapura pada 20 Mei, Sabtu nanti.

Memberi nafas baru kepada irama Melayu, pasti ramai peminat Dayang sudah beli tiket konsert Belagu untuk nikmati dendangannya.

Tapi kalau uolls belum beli tiket Dayang, anda boleh beli di sini. Serendah $40 tau! Rugi tak pergi.

Jadi, korang akan tengok apa di Pesta Raya nanti? Untuk maklumat lanjut tentang Pesta Raya, anda boleh ke lelaman Esplanade.

-Pengkritik Sandiwara

(gambar-gambar: Esplanade)

Advertisement

One comment

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out /  Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out /  Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out /  Tukar )

Connecting to %s