Ateeqah Mazlan harap ‘J’ akan minta maaf

Salam sejahtera, para pembaca setiaku!

Masih ingat akan saga HBB pada bulan puasa lalu? Mestilah, kan? Takkan korang akan lupa!

Ateeqah Mazlan, pelakon yang mencetus perdebatan tersebut meluahkan di Instagramnya berharap pempengaruh dengan nama samaran ‘J’ akan memohon maaf kepadanya atas kejadian itu.

Dalam IG Storynya awal petang tadi, ibu seorang anak itu berkata bahawa dia berharap satu hari nanti ‘J’ juga akan memohon maaf kepadanya atas pengalaman pahit yang terpaksa dilaluinya.

.
gambar tangkap layar IG ateeqahmazlan

Ateeqah berkata sedemikian setelah melihat tindakan Hirzi yang memohon maaf kepada Nicole Choo atas video di mana Hirzi dan Dee Kosh mengulas buku puisi Choo pada 2018.

“Jika seorang sedegil Hirzi boleh meminta maaf… ini membuat saya berharap agar saya akan mendapat closure juga,” tulis Ateeqah.


Ikuti kami di Telegram!


Kami berharap J dan Ateeqah dapat selesaikan masalah secepat mungkin. Jangan tunggu bertahun. Eh?

Soalannya… siapakah ‘J’ yang dimaksudkan Ateeqah? Hmm… kalau korang ikuti saga HBB ni, pasti korang tahu, kan! 😉

Pada masa yang sama, Ateeqah juga berkata bahawa dia akan turut kongsi bahagian daripada kisahnya kerana media sosial telah menjadi saluran untuk dia kongsi kebenaran.

.
gambar tangkap layar IG ateeqahmazlan

Semoga kebenaran akan terdedah!

Apa pendapat anda?

Pengkritik Sandiwara

(Gambar header: Instagram Ateeqah Mazlan)

Advertisement

One comment

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out /  Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out /  Tukar )

Connecting to %s