Salam sejahtera, para pembaca setiaku!
Sekiranya anda membesar semasa pertandingan realiti Anugerah masih MELETOP, anda pasti kenal duo adik beradik ini – Chico dan Chirul yang masing-masing menyertai peraduan itu pada 2005 dan 2009.
Mungkin ada kakak-kakak yang tergila-gilakan mereka ketika zaman remaja dan ingin sangat melihat mereka bernyanyi lagi, kini anda boleh! Ikuti saja halaman Facebook mereka, Chico & Chirul!
Semalam, mereka mengubati rindu peminat dengan berkaraoke menerusi Facebook LIVE!

Populariti adik-beradik itu masih bahang, eh? Sesi LIVE itu meraih 15,000 tontonan dan lebih 300 kongsian dengan hampir seribu komen membuktikan bahawa mereka masih digemari ramai!
Bukan itu saja, peminat disajikan dengan sesi LIVE itu lebih dari dua jam! Macam konsert, uolls! Dalam dua jam itu, mereka mendendangkan lagu sambil promo-promo produk, gitew!
Kalau korang rindu diorang, pergilah LIKE halaman mereka! Pasti akan terhibur dengan dendangan… dan juga tarian TikTok mereka?
– Pengkritik Sandiwara
(Gambar header: Facebook Chico & Chirul)