Salam sejahtera, para pembaca setiaku!
The Pitch, hasil gabungan dan kerjasama Pangdemonium, Singapore Repertory Theatre (SRT) dan WILD RICE akan menemui penonton hujung bulan ini.
Filem pendek itu bertujuan untuk menghiburkan penonton dengan menumpukan perhatian terhadap cabaran rumit yang dihadapi syarikat seni di Singapura dalam wabak Covid-19 ini.
Filem 20 minit itu merupakan sebuah komedi satira yang mengajak penonton ke belakang tabir kekecohan terbitan antara tiga syarikat teater Singapura.
Penggiat teater otai, Ivan Heng, Gaurav Kripalani dan Adrian Pang akan memainkan watak mereka sendiri sambil bekerjasama antara satu sama lain, walaupun mereka harus mencari jalan tengah dek perbezaan kreatif dan keegoan mereka bertembung!
Diarah dan ditulis bersama oleh Ken Kwek, The Pitch boleh ditonton di YouTube mulai 31 Ogos secara percuma. Anda boleh tontonnya melalui pautan ini.
Penonton juga dijemput untuk menghadiri sesi dialog pada 7 September pada 9 malam ersama Heng, Kripalani dan Pang di mana mereka akan menyentuh tentang proses kreatif di sebalik The Pitch dan tentang masa depan teater LIVE dan seni persembahan di Singapura.
Ana juga boleh menderma melalui Ray of Hope dan kutipan akan dibahagi sama rata kepada ketiga-tiga syarikat ini: https://rayofhope.sg/campaign/the-pitch/ Hasil kutipan akan digunakan untuk menyokong kerja-kerja, program pendidikan dan daya usaha jangkauan (outreach) Pangdemonium, SRT dan WILD RICE.
Tak sabar nak tonton!
– Pengkritik Sandiwara
(Gambar header: Crispian Chan (Pangdemonium))