Salam sejahtera, para pembaca setiaku!
Pelakon dan penyanyi popular asal Singapura, Hetty Sarlene, bersama suaminya dedahkan jantina anak pertama mereka melalui acara Lenggang Perut Gender Reveal Party awal petang tadi.
Saat-saat indah itu dikongsi melalui Instagram Hetty Sarlene.
Jantina bayi dalam kandungan akhirnya didedah apabila suami Hetty, Dani Aaqil, meletupkan belon besar berwarna hitam yang mendedahkan kertas confetti warna biru menandakan bahawa anak pertama mereka seorang anak lelaki. Tahniah!
Bukan itu saja, blaus yang dipakai Hetty amat cocok untuk acara gender reveal ni eh? Pastel pink dan blue!
Sebelum ini, Hetty dan suami berkongsi bahawa bayi mereka merupakan ‘lockdown baby’!
Semoga segalanya berjalan lancar untuk bakal ibu dan bapa ini! InsyaAllah.
– Pengkritik Sandiwara
(Gambar header: Instagram Hetty Sarlene)
[…] empat tahun bernikah, Hetty Sarlene dan suaminya, Daniel Oakes, bakal mengalu-alukan kedatangan baby boy mereka Januari […]
LikeLike
[…] Hetty Sarlene dan suaminya merindui keluarga di UK, dan suasana Krismas kali ini berbeza bagi mereka. Yang penting, pokok Krismas tu very ranggi! […]
LikeLike
[…] dan pelakon setempat, Hetty Sarlene, berkongsi di IGnya akan kelahiran cahaya mata pertamanya awal pagi […]
LikeLike