Jalinan Kusam di Lemari Sosi bongkar rintangan kaum hawa

Persembahan boneka berjudul Jalinan Kusam di Lemari Sosi yang dihidupkan oleh Flying Balloons Puppet dari Indonesia amat menarik untuk ditonton.

Walaupun tiada sepatah perkataan yang dibicarakan dalam pementasan 40 minit ini, keinginan penonton untuk tetap terus memberi perhatian tidak terputus.

Ini kerana mereka berjaya menarik perhatian dengan pelbagai cara menerusi boneka yang menjadi watak utama dalam karya ini.

gambar: STUDIO ZNKE, ihsan Esplanade – Theatres on the Bay

Menggunakan kesan-kesan bunyi, laci-laci kecil yang boleh dialih, bebola bercahaya antaranya.

Dalam persembahan yang begitu abstrak ini, ternyata apa yang cuba ingin disampaikan adalah kehidupan seorang wanita yang mengimbau kembali hidupnya.

Kehidupannya seolah-olah telah ditentukan oleh masyarakat di sekelilingnya. Sama ada dari segi kerjaya, perkahwinan, pembelajaran – pelbagai onak dan duri yang dia harungi sebagai seorang wanita.

– Pengkritik Sandiwara

(gambar header: STUDIO ZNKE, ihsan Esplanade – Theatres on the Bay)

Advertisement

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out /  Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out /  Tukar )

Connecting to %s