Konsert Belagu di SG Habis Dijual

Salam sejahtera, para pembaca setiaku!

Tiket bagi konsert Dayang Nurfaizah di Singapura laris bak goreng pisang. Berjudul Belagu, tiket konsert yang bakal berlangsung di Esplanade Mei nanti sudah sold out.

Baru-baru ini, Dayang juga telah membuat konsert di Kuala Lumpur di mana beliau mendendangkan lagu-lagu daripada album Belagu yang menampilkan lagu-lagu klasik yang diberi nafas baru. Konsert tersebut juga full house.

Ini merupakan persembahan kedua Pesta Raya 2023 di mana tiket habis dijual. Minggu lepas, DJ KC berkongsi bahawa tiket Malam Seram Lagi Seram laris dalam masa 24 jam.

Dalam pada itu, pihak Pesta Raya berkata mereka yang terlepas boleh mendaftarkan diri dalam waitlist. Pihak Esplanade akan menghubungi anda sekiranya tiket tersedia, ia tidak menjamin tiket.

Terdapat banyak lagi persembahan yang boleh anda tonton di Pesta Raya pada bulan lima nanti, anda boleh lihat barisan persembahan di sini.

– Pengkritik Sandiwara

(gambar header: Esplanade)

Advertisement

One comment

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out /  Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out /  Tukar )

Connecting to %s