People, Places & Things sukar untuk ditonton

Salam sejahtera, para pembaca setiaku!

Sekali lagi, Pangdemonium membawa pementasan yang berkisarkan penyalahgunaan dadah ke pentas Singapura.

People, Places & Things, sebuah karya Duncan Macmillan membuka musim 2023 buat Pangdemonium.

Berlangsung di Singtel Waterfront Theatre, cara ia dipentaskan agak menarik sekali. Penonton dapat menonton para pelakon beraksi di pentas yang terletak di tengah kerana penonton mengiringi pentas di sebelah kiri dan kanan.

Selain itu, cara set-set bergerak dan pengunaan cahaya dan visual juga amat mengagumkan sekali, membuat pengalaman menonton sesuatu yang penuh imersif seolah-olah penonton dapat merasakan apa yang berada di dalam benak fikiran watak utama.

Namun, pementasan yang dibintangi Sharda Harrison, Daniel Jenkins, Jamil Schulze, Keagan Kang, Krissy Jesudason, Rebecca Ashley Dass, Rebekah Sangeetha Dorai, Shane Mardjuki, ShonaBenson, Tan Guo Lian Sutton, dan Vicky Mintey ini bukanlah persembahan yang mudah untuk ditonton dan senang untuk difahami.

Tambahan pula, pelakon bertutur dalam bahasa Inggeris dengan loghat-loghat berbeza, tanpa sebarang sari kata – membuatnya agak sukar untuk saya ikuti pementasan ini.

Saya berpendapat bahawa jalan cerita tentang pemulihan ini agak perlahan dan tidak mencuri perhatian penonton menerusi intinya. Hanya di beberapa adegan di mana muzik kuat dimainkan, barulah penonton memberi fokus ke pentas.

Belum satu jam menonton, fikiran saya sudah teringin untuk persembahan arahan Tracie Pang ini habis serta-merta. Padahal ia sebuah pementasan 3 jam! Dan apabila saya melihat penonton yang lain, sekurang-kurangnya empat orang sudah pun lelap tidur di panggung yang setengah penuh ini.

Bukan itu saja, kali ini terdapat banyak pulak pempengaruh yang turut hadir untuk menonton persembahan Pangdemonium ini. (hanya sekadar satu pemerhatian)

Tidak boleh dinafikan bahawa lakonan para pelakon amatlah mantap sekali, tapi ia agak kurang berjaya untuk menarik perhatian saya sepenuhnya. Bahkan, ia menggalakkan saya untuk lelapkan mata.

Apa yang saya suka tentang pementasan ini adalah adegan di mana watak-watak yang berupa seperti watak utama (Emma/Sarah) timbul dari katilnya. Memang satu babak yang segar dan membuat saya teruja menonton!

Setiap pelakon memakai rambut kerinting dan busana yang serupa, sampai saya pun tidak tahu mana satu Emma yang betul dan mana satu ciplak.

Sekiranya anda seorang yang boleh bertahan menonton sebuah pementasan Inggeris selama tiga jam, yang menceritakan tentang penyalahgunaan dadah, ketagihan dan kesihatan mental, sila saja tonton People, Places & Things! Ia berlangsung hingga 9 April, dan anda boleh dapatkan tiket di Sistic

– Pengkritik Sandiwara

(gambar-gambar: Pangdemonium)

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out /  Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out /  Tukar )

Connecting to %s