Salam sejahtera, para pembaca setiaku!
Syarikat pementasan setempat, Wild Rice, dengan bangganya persembahkan tiga persembahan baru oleh dan untuk anak muda berjudul The Wonderful World of Dissocia, Every Student Is A Good Student / In My Head dan Fair Play.
Menurut Wild Rice, ketiga-tiga persembahan ini mencerminkan komitmen Wild Rice untuk memperkasakan anak muda bagi mereka membuat dan menonton teater yang bertujuan untuk generasi mereka.
Setiap satu mengetengahkan isu-isu yang penting bagi anak muda yang membesar di Singapura hari ini – kesihatan mental, peranan jantina, dan tekanan untuk terus hidup dalam sistem sekolah.
“Sekiranya anda ingin faham apa yang anak muda fikirkan, rasakan dan risaukan pada zaman ini, ayuh sertai mereka dalam teater. Keberanian, pandangan dan bakat mereka akan membuat anda terpegun!” ujar Ivan Heng, Pengarah Artistik Pengasas Wild Rice.
Belia dan kesihatan mental
Mei ini, Young & Wild akan mempersembahkan karya Anthony Neilson bertajuk The Wonderful World of Dissocia – sebuah penerokaan kesihatan mental yang melucukan menerusi perjalanan seorang wanita, Lisa, yang mencari satu jam yang kehilangannya.
Lisa amat teringin mencari satu jam yang kehilangan, beliau terjebak dalam dunia yang pelik lagi ganjil di Dissocia, di mana beruang kutub boleh menyanyi dan terbang!
Diarah Edith Podesta, ia akan menampilkan Eleanor Ee, Michelle Hariff, Hoe Wei Qi, Elisa Mustika, Nicole Shaan, Monil SJ, Gosteloa Spancer, Su Paing Tun, Jovi Tan, Valerie Tan Su Min, Tiara Yap dan Christian Yeo.
Ia bakal berlangsung pada 11 hingga 14 Mei, tiket-tiket dijual mulai hari ini.
cabaran seorang belia
Singapore Youth Theatre akan membentangkan pementasan berganda bertajuk Every Student Is A Good Student / In My Head pada bulan enam kelak.
Kedua-dua karya ini meneroka kehidupan remaja di Singapura pada masa ini. Every Student Is A Good Student menceritakan cabaran meneruskan hidup dalam sistem pendidikan yang sukar, manakala In My Head pula menjemput penonton untuk memahami kehidupan seorang remaja dari benak fikirannya.
Karya original lagi mencabar minda ini diarah oleh Thomas Lim dan dibintangi Samuel Hadden, Ashton Ho, Darius Kyan, Mrittika Kumaran, Han Leng, Pranaya Murugan, Por Kate Yi, Ramaa Shirish Rangnekar, Siti ‘Theo’ Sofeana, Scarlett Summer, Nadya Zagorodnova dan Harry Zhong.
Ia akan berlangsung pada 15 hingga 18 Jun, tiket-tiket dijual mulai hari ini.
Belia dalam masyarakat
Sekiranya anda terlepas Fair Play apabila ia dibentangkan pada 2019, ini peluang anda untuk menyaksikannya!
Pementasan ini bertujuan untuk memulakan perbincangan antara penonton muda tentang peranan jantina, jangkaan masyarakat dan betapa adil perkara tersebut buat mereka.
Tiket-tiket bagi karya Thomas Lim ini akan didahulukan kepada sekolah-sekolah dan akan dijual kepada awam sekiranya ada. Tempahan untuk pihak sekolah boleh dilakukan menerusi emel ke alamat ini: academy@wildrice.com.sg.
Fair Play akan berlangsung pada 16 hingga 19 Oktober.
– Pengkritik Sandiwara
(gambar-gambar: Wild Rice)