Such a doll.
Begitulah telatah penyanyi jelita yang bersuara lunak, Dayang Nurfaizah, semasa menghiburkan peminatnya di Dewan Konsert Esplanade malam semalam.
Dalam konsert Belagu yang sold out itu, Dayang membawa lagu-lagu Melayu klasik yang diberi nafas baru dalam albumnya berjudul Belagu dan Belagu II.
Penyanyi Malaysia itu diiringi Aubrey Suwito, selaku pengarah muzik bagi konsertnya ini.
Para penonton berbaju Melayu lengkap bagi konsert ini, membuat Dayang rasa terharu melihat penonton yang bersongkok, berkebaya dan ada juga yang bersanggul!
Dayang bercerita
Menerusi konsert 2 jam ini, Dayang sempat bercerita tentang proses album. Dari segi ilham, cabaran, cetusan idea dan banyak lagi.
Ini membuat penonton menghargai lagi karya-karya klasik ini yang dihidupkan semula penyanyi asal Sarawak itu.
Bukan sekadar itu, Dayang juga akui bahawa ada segelintir lagu amat sukar untuk dibawa tetapi oleh kerana minat, beliau belajar semula bagaimana untuk menyempurnakan lagu-lagu klasik moden ini.
Sungguh sayu dan terpegun melihat Dayang menyampaikan lagu Melayu dengan penuh syahdu.
Dayang bersahaja
Selain suaranya yang tiada tandingnya, apa yang membuat penonton amat seronok semalam adalah karenah beliau yang begitu bersahaja.
Dayang amatlah manja sekali dengan gerak-gerinya. Suka berjenaka (asyik tegur abang yang menguap berkali-kali!) dan asyik tease penonton Singapura akan lagu Ketipang Payung.
Apakan tidak, lagu tu kan ada gerakan ikonik sambil “hoi”. Berkali-kali Dayang tease kita tapi tak nyanyi lagu tu! Dan apabila akhirnya lagu OST filem Nujum Pak Belalang itu dinyanyi, penonton pun ber-hoi dengan sekuat hati!
Min cuma nak cakap busana merah yang Dayang pakai… very the serving c*nt! Min loike. Lurve sangat. Baju kedua pun boleh tahan meletops, dia boleh tendang-tendang ekor macam Misha Omar.
Baju yang first tu… entah apa-apa je lah macam aluminium foil???
Dayang Kembali ke Singapura
Dayang juga berkata beliau selalu mencari-cari peluang untuk menghiburkan penonton Singapura dan rasa bersyukur diberi peluang untuk mempersembahkan Belagu di acara Pesta Raya 2023 ini.
Tambahan pula, Dayang berkata lagu-lagu yang beliau nyanyikan malam semalam mempunyai asal-usul di Singapura. Ini kerana dahulu pulau ini pernah menjadi pusat muzik dan filem Melayu.
Semestinya, orang Singapura masih melestarikan seni tersebut. Ini terbukti dengan betapa cepatnya tiket konsert ini sold out, kan?
Konsert Belagu di Esplanade sebuah konsert yang tidak boleh dilupakan. Meskipun audiens agak dead, Min tetap enjoyz.
Hmm, kenapa crowd dead eh? Padahal demographic agak serupa dengan konsert Fenomena dulu. Tapi tu gempak!
Tapi takpe, yang penting bila lagu terakhir, Umpan Jinak Di Air Tenang, semua berdiri dan joget! Itulah yang Dayang nak.
Bila Dayang nak datang Singapore lagi nyanyi lagu-lagu dia yang biase-biase eh?
– Pengkritik Sandiwara
(gambar header: Instagram Dayang Nurfaizah)
[…] lepas, Dayang Nurfaizah Belagu. Isnin lalu, Ne-Yo LIVE in Singapore. Dan Sabtu akan datang ini, konsert […]
LikeLike