Konser Kris Dayanti mantap, tapi penonton sikit

Vokalnya masih lantang dan lunak, meskipun sudah mencecah usia 48 tahun.

Semalam, Kris Dayanti menghiburkan peminatnya di panggung Star Theatre di mana kapasitinya mungkin kurang dari 50%, allegedly.

Menurutnya, Star Theatre sebuah panggung yang dianggap gah/megah oleh orang tempatan. Well… it was rly a krik krik moment.

Malam penuh gemilang

Penyanyi Indonesia itu memulakan konsertnya, Mencintaimu, dengan lagu rancak, Mahadaya Cinta.

Pemenang Asia Bagus 1992 itu juga menyanyikan lagu-lagu ikoniknya seperti Cobalah Untuk Setia, I’m Sorry Goodbye, Menghitung Hari dan banyak lagi.

Beliau turut mendidakasikan sebuah lagu buat Najip Ali yang beliau anggap sebagai mentor, rakan dan idolanya.

Diiringi band yang amat dahsyat sekali yang diterajui Erwin Gutawa, Kris Dayanti berjaya memukau penonton dengan persembahannya yang masih tahap antarabangsa.

Anak-anaknya Aurel Hermansyah (serta suami Atta Halilintar) dan Amora Lemos juga mengongsi pentas bersamanya. Tidak lupa juga cucunya, Ameena.

Penonton di lantai satu amat bertuah kerana Mimi KD turun untuk bersalaman dengan penonton dua kali! Ini membuktikan bahawa beliau amat menghargai peminat dan tidak peduli walaupun dihimpit penonton yang terburu-buru ingin bergambar semasa sibuk menyanyi!

Kris Dayanti juga membawa lagu Mencintaimu yang diberi nafas baru. Beliau mengakhiri konsertnya dengan lagu Rembulan.

Cuma sayangnya, lagu Cinta dibawa dalam ala-ala versi TikTok/Koplo.

Ingat tak lagu Cinta kelmarin viral siap dengan tariannya yang mengasyikkan?

Selain nyanyian, penonton juga dihiburkan dengan pertunjukan wushu.

Menurut KD, beliau belajar seni pertahankan diri itu semasa pandemik. Bagus kan belakar ilmu baru?

Kok gak sold out?

Secara terus terang, Min rasa konsert KD ni amat lengkap. Penyanyinya hebat, band pun amat berbakat, visuals bermutu, poster pun lawa.

Jadi, apa yang membuatkan konsert ini tidak dihadiri ramai orang?

Terdapat pelbagai faktor yang boleh menyebabkan ini semua, jom kita lihat ye.

Kenapa buat hari biasa?

Ini adalah faktor paling straightforward. Mengadakan konsert pada hari biasa merupakan kesalahan pertama mereka.

Lagi-lagi hari Rabu, tengah-tengah minggu. Tak ramai yang akan ambil cuti sebab semalamnya kerja, esoknya pun kerja, kan?

Cakap pasal cuti, kalau pada hari Rabu, amat payahlah peminat dari Malaysia nak turun Singapore. Kalau konsert ini dibuat pada Jumaat/Sabtu/Ahad/Isnin tu ok lah.

Dihimpit konsert sold out

Nampaknya para penganjur kurang peka akan hal ini. Di mana konsert back-to-back yang diadakan pada minggu yang sama.

Pada minggu ini saja, terdapat tiga konsert yang sudah sold out.

Sabtu lepas, Dayang Nurfaizah Belagu. Isnin lalu, Ne-Yo LIVE in Singapore. Dan Sabtu akan datang ini, konsert ST12.

Harus ditekankan bahawa ketiga-tiga konsert ini menyasar orang Melayu di Singapura. Jadi bila adanya konsert ke-4 (KD), susahlah.

Pemasaran gempak tapi mengelirukan

Kenapa pada tahun dan zaman ini, sesetengah penganjur masih mengharapkan pemasaran di aliran utama seperti radio, tv dan suratkhabar?

Asyik-asyik ada wawancara dengan radio Warna. Siap ada sidang media lagi.

Min dah bicarakan hal ini dalam posting Konsert Luar Biasa. Boleh baca situ.

Mereka juga tapped on pempengaruh, tapi mungkin boleh guna IG/FB/TT ads untuk sebarkan lagi iklan?

Tapi tu lah, target audience mereka siapa? Warga Singapura? Warga Indonesia di Singapura? Warga Indonesia yang akan ke Singapura? Itu yang mengelirukan.

Pengumuman singkat?

Konsert Mencintaimu hanya diumumkan pada bulan Mac. Ini bermakna peminat hanya ada 2 bulan saja untuk buat keputusan sama ada untuk beli tiket atau tidak.

Harus diingatkan bahawa pembeli juga pertimbangkan konsert-konsert lain yang berlaku pada minggu yang sama.

Harga tiket

Ni self-explanatory lah. Harga termurah $118. Mencekik teabh!

Kenapa Singapura?

Singapura menjadi lokasi konsert Kris Dayanti. Sebuah negara di mana bilangan peminatnya agak terhad.

Kenapa tak buat kat Malaysia dulu? Lepas dah hype kat Malaysia, baru buat kat Singapore. Orang Johor yang ketinggalan boleh datang, kan?

Tengok saja teman dia Melly Goeslaw buat konsert. Dua hari lagi uolls kat Kuala Lumpur.

Kak, pergilah menyahut panggilan peminat Malaysiamu. Pasti laris tiket, nok.


Walau bagaimanapun, Min rasa seronok menonton konsertnya. Seru banget!

Cuma crowd dia sikit je lah, kan? Dan entah kenapa konsert ni tak sampai 2 jam pun. Mula selepas jam 8, habis sekitar jam 10. Padahal banyak lagi lagu yang boleh KD nyanyi.

Album duet dengan Tokti habuk pun takde!

Konsertnya felt very rushed. KD tengah berbual abeh terus muzik main. 😦

Kesian, ada diskaun Hari Ibu dan diskaun ‘Berkat Selalu’ pun jualan tiket tak rancak… No komens, luv.

Uolls nak tahu ada orang buat LIVE semasa konsert ni. Siak betul hahahah.

– Pengkritik Sandiwara

Advertisement

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out /  Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out /  Tukar )

Connecting to %s