Salam sejahtera, para pembaca setiaku!
Setelah mengumumkan bahawa tiket konsert ST12 laris dijual semalam, pihak penganjur SAH Entertainment membuat pengumuman yang menggembirakan hati peminat ST12.
Buat pertama kalinya, SAH Entertainment membuka ruang “Circle 2” di Star Theatre dalam konsert yang dianjur mereka.
Ini merupakan berita baik bagi mereka yang terlepas membeli tiket ST12 sebelum ini. Tiket Circle 2 ini dijual pada harga $58 mulai Ahad, 5 Mac, 12 tengahari di lelaman Sistic.
Tidak hairanlah sekiranya tiket $58 ini juga laris dijual dalam tempoh yang singkat atas faktor harga.
Harap-harap, panggung Star Theatre akan menjadi full house untuk meriahkan lagi suasana konsert pada 27 Mei nanti.
Sudahkah anda dapatkan tiket ST12? Kalau belum, jangan lupa beratur dalam alam maya esok!
– Pengkritik Sandiwara
(Gambar header: Telegram SAH Entertainment)
[…] baik ini telah dikongsi dan teased oleh SAH Entertainment kebelakangan ini – merekalah penganjur yang akan membawa penyanyi Miss Independent ini ke […]
LikeLike
[…] minggu sebelum konsert Dayang, kumpulan K-Pop BlackPink akan bertemu peminat di Stadium Negara. ST12 pula akan ke Singapura seminggu selepas konsert Belagu. Ne-Yo pula akan berada di The Star Theatre […]
LikeLike