Salam sejahtera, para pembaca setiaku!
Beliau telah pun memberi gezek (teaser) bahawa konsertnya juga akan ke Singapura dan beberapa minit yang lalu, Dayang Nurfaizah telah mendedahkan tarikh konsert Belagu di Kota Singa.
Menurut siaran Instagram pelantun Lelaki Teragung itu, konsert Belagu akan berlangsung pada 20 Mei 2023, Sabtu di Panggung Konsert Esplanade.
Konsert ini sebahagian daripada acara Pesta Raya 2023, menurut siaran Facebook Pesta Raya.
Finalis Anugerah Juara Lagu 37 (lagu Debu bersama Amir Masdi) itu juga akan mengadakan konsert Belagu di Dewan Filharmonik PETRONAS, Malaysia pada 11 Mac akan datang. Tiket konsert tersebut sudah pun laris dijual.
Konsertnya kali ini diberi judul Belagu, iaitu album terbaru penyanyi tersebut, Belagu II.
Sama ada Dayang akan sampaikan lagu daripada album Belagu dan Belagu II sahaja masih menjadi tanda tanya…
Kali terakhir Dayang Nurfaizah membuat konsert di Singapura adalah pada tahun 2019 di The Theatre at Mediacorp untuk konsert Dayang Dua Dekad.
Butiran lanjut konsert ini akan didedahkan pada waktu terdekat.
Nampaknya, bulan Mei penuh dengan konsert. Pada minggu sebelum konsert Dayang, kumpulan K-Pop BlackPink akan bertemu peminat di Stadium Negara. ST12 pula akan ke Singapura seminggu selepas konsert Belagu. Ne-Yo pula akan berada di The Star Theatre pada 22 Mei!
-Pengkritik Sandiwara
(gambar header: Facebook Pesta Raya)
[…] bagi konsert Dayang Nurfaizah yang berlangsung 20 Mei nanti akan dijual esok, 16 Mac jam 9 […]
LikeLike
[…] bagi konsert Dayang Nurfaizah di Singapura laris bak goreng pisang. Berjudul Belagu, tiket konsert yang bakal berlangsung di Esplanade Mei nanti sudah sold […]
LikeLike