Salam sejahtera, para pembaca setiaku!
Peminat band Indonesia popular, ST12, pasti tak sabar untuk ketahui harga tiket konsert mereka di Singapura, kan?
Selang beberapa jam yang lalu, SAH Entertainment telah pun mendedahkan harga tiket bagi konsert yang bakal berlangsung pada 27 Mei di Star Theatre.
Tiket-tiket bermula pada harga $78 boleh dibeli di Sistic mulai Isnin depan, 27 Februari.
Harga tiket paling mahal berharga $208 dalam kategori VIP termasuk sesi Meet & Greet, poster serta lanyard.
Dalam konsert yang menyambut reunion ST12 ini, mereka akan menyanyikan 20 buah lagu dalam masa 2 jam. Antara lagu-lagu popular mereka adalah Aku Masih Sayang, P.U.S.P.A. dan Cari Pacar Lagi.
Menurut siaran SAH Entertainment, Charly Van Houten akan menyambut 20 tahun berkecimpung dalam industri seni tahun ini!
Kepada peminat ST12, jangan lupa untuk beratur secara dalam talian untuk dapatkan tiket anda!
Also, tiket ST12 lagi mahal berbanding Wali Band eh? Bukan itu saja, walaupun konsert Wali Band berlangsung esok (25 Feb), tiket masih boleh didapati di Sistic tau!
SAH Entertainment juga akan membawa Rossa pada 12 Ogos 2023.
-Pengkritik Sandiwara
(gambar header: IG SAH Entertainment)
[…] mengumumkan bahawa tiket konsert ST12 laris dijual semalam, pihak penganjur SAH Entertainment membuat pengumuman yang menggembirakan hati […]
LikeLike