Kemas tonjol kuasa wanita berjiran

Salam sejahtera, para pembaca setiaku!

Melihat poster, tajuk pementasan dan membaca sinopsis Kemas ini, saya fikir sketsa ini antara teater Melayu yang biashe2 yang akan membuat penonton tersentuh hati dan nangis berderai.

Namun, karya Moli  Mohter ini berjaya mengisi hati penonton dengan penuh tawa dan pilu, membuat kesemua orang di teater studio Esplanade terhibur pada malam itu. Bahkan, penonton juga ikut menyanyi di segelintir babak dangdut!

Apa yang membuat Kemas begitu berkesan sekali adalah keselambaanya dalam menimbulkan isu-isu penting yang dekat dalam hati masyarakat Melayu sambil mengekalkan unsur humor yang membuat penonton tak kering gusi.

Sengsara Salma

Salma (Rusydina Afiqah) yang baru saja berpindah kawasan perumahan ini berdepan dengan jiran-jiran kepo yang suka menjaga tepi kain orang.

Bersuamikan Cik Leh (sbb suami dia berbual cam Cik Leh dalam tandas), masalah rumahtangganya sering terdedah apabila mereka terpekik-terpekau padahal isu yang dibincangkan agak remeh. Suaminya yang panas baran sering menghentak-hentak tandas tak tentu pasal.

Salma cuba mengapikan sebatang rokok
gambar: STUDIO ZNKE

Oleh kerana Salma tidak bahagia dengan suaminya, dia mengadu kepada jiran akan perbunungannya, dengan harapan dapat mencari jalan keluar.

Di akhir cerita, Salma yang tidak tahan dengan perangai suaminya yang tekan dadah melaporkan suaminya kepada pihak berkuasa.

Amarah Arah

Karya Kemas ini menjadi lebih menarik dengan watak Arah (Dalifah Shahril) yang merupakan watak kelakar dalam cerita ini.

Seorang yang suka mengutip sampah untuk dijualkan ke karang guni, Arah menetap di rumah kecilnya bersama ibunya (Suhaila M Sanif). Seringkali, Arah menuduh abangnya apabila barang-barangnya hilang kerana abangnya sudah membolot segala harta ibunya dan hidup mewah bersama isterinya di dalam sebuah banglo.

Arah melenting kat abangnya
gambar: STUDIO ZNKE

Dalam adegan di mana Arah mengamuk apabila barangnya hilang, Arah berkata bahawa itulah hartanya kerana dia tidak ada apa-apa lagi di dunia. Kita yang sering menilai para hoarder yang selalu muncul di Mothership seolah-olah dapat memahami perasaan hoarders ini dalam adegan ini.

Kita pasti mengenali seorang Arah dalam hidup kita. Apakan tidak, dalam sibuk Arah menegur jirannya, dia sebenarnya mengambil peduli akan kesejahteraan orang-orang yang dekat dengannya.

Ini mungkin kerana Arah sebenarnya hidup bersendirian, bukan dengan arwah ibunya. Arah sebenarnya masih belum dapat menerima hakikat bahawa ibunya sudah tiada.

Jodoh Juminah

Watak Juminah (Mahyonis Mahfudz) pula masih tergendala dalam zaman kegemilangnya.

Juminah asyik teringat akan malam-malam pesta dangdut dan juga kenangan manis bersama kekasih lamanya.

Juminah mengimbau masanya sebagai Ratu Dangdut
gambar: STUDIO ZNKE

Pada masa yang sama, Juminah juga menjadi seorang tetangga yang baik kepada Salma sehinggakan menganggap perhubungan mereka seperti ibu dan anak, memberi nasihat rumahtangga untuk Salma.

Salma jugalah orang pertama yang mengesan bahawa Juminah sudah tidak ingat-ingat lagi dan menyarankan Juminah untuk memberitahu pekerja sosial di estet tersebut.


Walaupun ketiga-tiga wanita ini datang daripada latar belakang berbeza, mempunyai perjalanan hidup yang tersendiri, mereka terserempak dalam blok yang sama dan saling membantu satu sama lain secara kebetulan atau tidak.

Dinamik dan keseluruhan watak-watak mereka begitu senang dilihat, membuat Kemas amat menghiburkan. Yang penting, mesej mengenai isu kesihatan mental, warga emas, penyalahgunaan dadah, rumah tangga, jiran tetangga #prochoice dan banyak lagi dapat disampaikan kepada penonton dengan begitu efektif dan juga agak kelakar!

Saya sarankan anda luangkan hujung minggu anda menonton karya Kemas ini di Esplanade. Dapatkan tiket anda di Sisitc.

Menyesal nanti kalau tak tengok!

-Pengkritik Sandiwara

(gambar header: STUDIO ZNKE)

Advertisement

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out /  Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out /  Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out /  Tukar )

Connecting to %s