Pertarungan Sham Rahman vs Shah Khan dibatalkan

Salam sejahtera, para pembaca setiaku!

Sedangkan ramai menanti-nantikan malam kemuncak Legends Boxing Series: Take it Offline, ramai peminat sukan tinju ini terkejut dengan berita terkini yang melibatkan bintang tinju dua negara iaitu Sham Rahman dan Shah Khan.

Menurut Instagram Story Legends Fight Sport, perlawanan antara Sham dan Shah telah dibatalkan.

gambar: IG Legends Fight Sport

Pengikut kami telah mengongsikan berita sedih ini melalui DM tepi kami.

Tahun lepas, Sham Rahman telah menewaskan Juffri Alui.

Menurut IG Story itu, acara Legends Boxing Series: Take it Offline akan tetap berlangsung, di mana terdapat 6 perlawanan undercard dan 3 perlawanan main card.

Acara itu bakal diadakan pada 11 Mac di The Chevrons, 48 Boon Lay Way di Hibiscus Room. Pintu akan dibuka pada 6.45 petang. Pihak kami tidak pasti sama ada ia akan ditayangkan secara dalam talian atau tidak.

Acara ini ditaja TAQWA ORGANISATION

Anda masih boleh mendapatkan tiket-tiket yang bermula pada harga $19.95 anda di lelaman eventbrite.

Kami ucapkan yang terbaik bagi semua atlet-atlet yang akan bersua nanti.

Pengkritik Sandiwara

(gambar header: IG Legends Fight Sport)

Advertisement

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out /  Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out /  Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out /  Tukar )

Connecting to %s