Kemas rombak rahsia jiran

Salam sejahtera, para pembaca setiaku!

Dalam tulisan Moli  Mohter diberi judul Kemas ini, anda boleh ikuti kisah tetangga yang dibelenggu masalah peribadi.

Salma yang sering bertikam lidah dengan suaminya yang jarang di rumah. Arah yang merasakan bahawa ibunya berat sebelah akan adiknya. Dan Juminah yang masih terpaut pada masa silam.

Namun, keperibadian dalam rumah bukanlah rahsia. Jiran tetangga kerap mendengar apa yang berlaku di sebalik pintu yang tertutup. Bolehkah mereka berpura-pura seolah-olah tiada yang berlaku padahal mereka tahu aib mereka didengari jiran?

Mampukah mereka bertegur sapa dengan jiran yang sibuk menjaga tepi kain masing-masing?

Kemas – teratur, tersusun, terurus. Karya ini akan teroka erti luas kemas menerusi kisah-kisah tiga wanita ini, Salma, Arah dan Juminah.

Setelah bertahun berunding tentang karya komisyen ini, Teater KAMi dengan bangganya menerbitkan pementasan ini dengan kerjasama Esplanade.

Anda boleh saksikan Kemas yang dibintangi Dalifah Shahril, Rusydina Afiqah, Mahyonis Mahfudz, dan Suhaila M Sanif di Studio Teater Esplanade pada 17 hingga 19 Februari ini. Anda boleh dapatkan tiket di lelaman Sistic.

– Pengkritik Sandiwara

(gambar header: Esplanade)

Advertisement

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out /  Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out /  Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out /  Tukar )

Connecting to %s