Coast Guard Malaysia: Ops Helang penuh plot twist!

Salam sejahtera, para pembaca setiaku!

Siapa sangka menonton filem yang penuh aksi bertajuk Coast Guard Malaysia: Ops Helang boleh membuat penonton gelak ketawa?

Apakan tidak, filem yang berkisarkan peristiwa lanun, penculikan, tebusan, tembak-menembak memaparkan pasukan Maritim Malaysia sebenarnya boleh membuat orang tersengih di panggung wayang.

Dibintangi Saharul Ridzwan, Adlin Aman Ramlie, Julia Farhana, Sabri Yunus dan ramai lagi, filem ini merupakan antara filem aksi yang Min akan saran korang tempah tiket sekarang untuk tonton!

Motif berbeza

Sekiranya anda sering menonton filem Malaysia yang menampilkan pasukan tentera mereka seperti Air Force Selagi Bernyawa, Paskal dan lain-lain, cerita ini akan membuat anda ingin tahu tujuan sebenar peristiwa yang berlaku dalam filem ini.

Tidak seperti filem lain di mana musuh negara mempunyai niat untuk melemahkan keselematan negara, motif lanun dalam kisah ini lebih peribadi.

Apa yang membuat Ops Helang lain adalah punca mengapa lanun-lanun bertindak – membalas dendam kepada hanya seorang pegawai iaitu Leftenan Hafiz (Saharul Ridzwan).

Operasi ini dijalankan gara-gara Hafiz seorang.

Plot twist harus dirahsiakan!

Malang sekali, penonton sudah boleh agak siapakah dalang dalam filem arahan arwah Pitt Hanif ini pada awal-awal cerita.

Bayangan (hint) yang diberikan terlalu ketara, membuat unsur saspens kecut dengan begitu saja.

Lebih elok lagi sekiranya watak ini (no spoilers!) tidak dikenalkan pada awal filem untuk merahsiakan plot twist daripada pengetahuan penonton.

Namun, Min amat enjoy adegan di mana kapal mothership sebenarnya sudah terkompromi. Bukan sekadar seorang orang dalam yang menyamar sebagai pegawai maritim, rupanya lebih! Ini mengingatkan Min akan salah satu filem Marvel di mana SHIELDS rupanya dipenuhi ejen-ejen Hydra!

Tawa dalam tegang

Dalam sebuah filem yang penuh serius dan ketegangan, watak yang dihidupkan oleh Adlin Aman Ramlie (Samat) dapat membuat penonton tersengih.

Walaupun watak yang jahat, karenah Samat amat menghiburkan sekali. Perwatakannya seumpama watak Joker yang cuba menyelitkan unsur humor dalam apa jua keadaan.

Tidak boleh dinafikan bahawa lakonan Adlin Aman Ramlie dalam mengimbangi jenaka sambil beraksi harus dipuji. Anda tak ingin melepaskan peluang untuk menonton beliau berlakon dalam filem ini!

Terlalu banyak orang terkorban

Selama sekitar 90 minit tonton filem ini, memang banyak sangat eh orang yang terbunuh?

Dari mula sekali hinggalah akhir cerita. Tak kisah lah orang awam (civilian), pegawai maritim mahupun lanun, nampaknya jumlah orang yang terkorban terlalu tinggi.

Dan ada kalanya, kematian mereka terlalu senang untuk memberi laluan kepada watak-watak utama menceritakan kisah mereka.

Seumpamanya babak di tengah laut di mana hanya watak Hafiz saja yang bertahan. Kenapa? Pegawai pangkat kecik tak kuat ke?

Babak tak masuk akal

Tiada filem yang tidak ada cacat celanya.

Ada beberapa babak dalam filem ini agak… ganjil. Kenapa majlis pertunangan Hafiz terlalu Western? Ada menari-nari di tepi pantai?

Adegan makan malam terakhir pulak macam pelik. Siapa makan macam gitu di Asia Tenggara? Samseng ke?

Memanglah Starbucks penaja tapi ade ke kopi berjenama ini di kapal Maritim Malaysia? Menarik kalau ada!

Aksi di mana Riska (eh lupa nama dia) nak bersilat dengan Leftenan Melati (dimainkan oleh Julia Farhana) tu macam over. Padahal boleh tembak je. Yang Hafiz lawan Samat pun. Kerja senang disusahkan!


Secara keseluruhan, Coast Guard Malaysia: Ops Helang merupakan filem penuh aksi yang mendebarkan dan menghiburkan. Anda boleh saksikan filem ini di panggung wayang Cathay Cineplexes. Filem ni boleh tahan lah tapi kesan visual dan cinematography masih boleh diperbaiki!

Oh yes, kepada TikTokers di luar sana, pengguna SeaBear @khairi_1990 ada cameo tau dalam filem ini!

– Pengkritik Sandiwara

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out /  Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out /  Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out /  Tukar )

Connecting to %s