Fuad Rahman, Tom nikah sebelum Ramadan

Salam sejahtera, para pembaca setiaku!

Penyanyi rok Singapura, Fuad Rahman bakal bernikah dengan penyanyi Malaysia, Tom sebelum bulan puasa.

Itulah yang dilaporkan Harian Metro di lelaman mereka.

Menurut laporan itu, majlis sanding turut akan diadakan tetapi Fuad ingin mengutamakan yang perlu dahulu iaitu nikah.

Kedua-dua alumni Gegar Vaganza 9 itu mengejutkan warganet Nusantara apabila kisah perhubungan mereka didedahkan di alam maya pada Disember lepas.

Kami doakan yang terbaik untuk mereka berdua dan semoga segalanya akan berjalan dengan lancar!

Melihat Instagram Tom, beliau kini berada di Singapura untuk menyokong Fuad dalam muzikal Wajah Rahsia Hati yang mengisahkan kehidupan Ogy Ahmad Daud.

– Pengkritik Sandiwara

(gambar: IG Tom)

Advertisement

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out /  Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out /  Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out /  Tukar )

Connecting to %s