Salam sejahtera, para pembaca setiaku!
Bulan depan, peminat Fauziah Ahmad Daud atau lebih dikenali sebagai Ogy bakal muncul dalam sebuah muzikal yang menceritakan tentang hidupnya sebagai seorang seniwati.
Berjudul Wajah Rahsia Hati, muzikal itu berkisahkan kehidupannya di Singapura sebelum beliau menceburi bidak hiburan dengan lebih mendalam lagi hinggalah beliau berhijrah ke Malaysia.
Menurut artikel Berita Harian, muzikal ini diterbitkan oleh DStar Management, di mana Hafeez Glamour juga selaku penerbit eksekutif.
Penyanyi setempat Hazrul Nizam dan Fuad Rahman turut akan menghiasi pentas Wajah Rahsia Hati ini.
Sekiranya anda berminat, anda boleh membeli tiket muzikal yang akan berlangsung di Gateway Theatre pada 11 Februari ini di Ticketmaster.
Tapi Min hairan, muzikal tapi barisan pelakon siapa? Takkan monolog jek. Dan lokasi tu tak gempak tau… Satu lagi, kenapa muka Hafeez Glamour kat poster??? Konpius.
Semoga berjaya, la nok.
– Pengkritik Sandiwara
(gambar header: ticketmaster)
[…] Instagram Tom, beliau kini berada di Singapura untuk menyokong Fuad dalam muzikal Wajah Rahsia Hati yang mengisahkan kehidupan Ogy Ahmad […]
LikeLike