6×7: Episod 2

Salam sejahtera, para pembaca setiaku!

Anda semua pasti baru sahaja menonton episod kedua #6x7Suria dan sedang menunggu reviu di Pengkritik Sandiwara, bukan? Kepada yang tak sabar sangat, lain kali boleh ke Twitter untuk membaca LIVE TWEETS saya!

Tanpa membuang masa, ayuh kita lihat apa yang terjadi dalam episod kedua drama Suria yang mengusik jiwa penonton kerana konsepnya yang tidak pernah dilihat serta unsur agama yang wujud dalam drama bersiri ini!

Secara terus terang, tiada yang baru berlaku dalam episod ini. Cuma kini, Farid sudah pun menerima hakikat bahawa dia tiada pilihan lain tetapi untuk menjadi seorang tukang mandi mayat. Walaupun dia ingin berhenti kerja di situ pada mulanya, dia menukar fikiran setelah ada orang meluahkan rasa penghargaannya terhadap Farid setelah menyelesaikan tanggungjawabnya sebagai seorang tukang mandi mayat. Mungkin dia rasa bangga dan juga ada sense of fulfilment dalam kerja ini, jadi dia sambung kerja murni ni. Lagipun, dia tak boleh cari kerja lain, so…

Dalam episod ini juga kita lihat bahawa Farid dan Ustazah Aliyah semakin intim ya. So mungkin perhubungan Farid dan tunangnya akan terganggu oleh kehadiran seorang ustazah?

Selain itu, episod ini juga menyentuh tentang Human Organ Transplant Act (HOTA). Saya rasa penting untuk Suria mengajar masyarakat kita mengenai HOTA kerana ramai yang masih berpendapat bahawa orang Islam harus mengecualikan diri kita daripada HOTA padahal kita boleh derma organ-organ kita bila kita mampus kelak tau??? My logic is, our body is not ours, it belongs to Allah. Chey. So, bila dah mampus kat hospital, dan masih boleh berfungsi, berikanlah kepada mereka-mereka yang perlu daripada kau tanam dalam kubur sampai ia reput or what. Cuma saya amat kecewa kerana isu ini tidak dikembangkan.

Ok episod ni memang takde banyak perkara yang mustahak ah. Si Suzana masih sama je, pentingkan status dan nak benda mewah untuk majlis kahwin. Dia juga mula musykil kerana Farid ada telefon bimbit baru (padahal tu untuk kerja). Farid pula tak mampu kondo lagi kerana tuan tanah dah naikkan harga, kini dia ingin tinggal bersama ibu dan bapanya. Tu je… Dia masih merahsiakan kerja barunya itu daripada keluarga dan Suzana.

Episod 2 akhir dengan adegan di mana Farid terpaksa menjawab panggilan dan bergegas ke kerja semasa makan malam bersama keluarganya. Hairan sekali, nak mandikan mayat malam-malam apa hal?

Poster ni semua hodoh.

– Pengkritik Sandiwara

Advertisement

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out /  Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out /  Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out /  Tukar )

Connecting to %s