Salam sejahtera, para pembaca setiaku!
Malam semalam, episod 4 #SyurgaIbuSuria menunjukkan bahawa Rahimah benar-benar meninggal dunia. Akhirnya!
Malang sekali, Hilda tidak boleh dihubungi kerana masih berbulan madu. Aneh sekali, hotelnya tiada WiFi dan dia pun matikan telefonnya kerana tiada network. Oleh kerana itu, berita mengenai kematian ibunya diberitahu kepadanya agak lambat.
Zaman sekarang, siapa pergi hotel yang takde wifi? Abeh dengar-dengar takde network je matikan telefon??? Dia zaman nokia 3310 eh?
Seperti yang dijangkakan, Syurga amat sedih setelah pemergian ibunya. Boleh kata tahap kemurungan. Saya rasa dia extra sedih kerana ibunya meninggal dunia semasa ibunya amat geram dengannya kerana isu kaunseling.
Dan oleh kerana guardian angelnya sudah tiada, Syurga kini dibuli dengan lebih teruk oleh Seri dan Hilda. Seri menyalahkan Syurga, manakala Hilda menyalahkan Syurga dan Seri. Tiada satu pun yang menayatakan bahawa ini semua ketentuan Allah swt. Bagus ye Suria #secular. Nasib baik makcik mereka masuk campur dan kata ini semua suratan takdir!
Seri juga mula rasa bingit kerana Hilmi mula memberi wang jajan kepada Syurga. Ini kerana dia menganggap ia sebagai satu beban. Maaf ye cik Seri tetapi ia menjadi tanggungjawab Hilmi sebagai saudara JANTAN untuk membela si Syurga sebab dah takde keluarga lain. Kau nak laki kau jadi jantan tak guna ke?
Mereka tiga beradik pun jumpa dengan peguam mengenai wasiat Rahimah. Peguam tersebut mengatakan bahawa Hilmi dan Hilda mendapat 2/3 harta peninggalan manakala Syurga mendapat 1/3. Tak faham tau kenapa nak drama segala? Cakap je lah setiap orang mendapat 1/3 ngok. Yea, I know ah it’s supposed to be dramatic but LAME. Rumah itu pula diberi kepada Hilda kerana dia merupakan pemilik rumah itu juga.
Hilda ingin mintak duit sewa daripada Hilmi dan Syurga. Seri kurang setuju kerana pakai duit banyak. Seri juga kurang puas hati yang Hilmi dapat sama rata, sepatutnya dapat 2 bahagian sebab lelaki. Ni la perempuan, bila suami dapat 1 bahagian dia melenting, bila dia dapat 1 bahagian pun dia melenting. Gila.
Hilmi pun agak mungkin ada duit lebih kat CPF mak dia so mereka check. Tapi Syurga yang dapat lebih hahaha. Abeh Seri melenting?????? Tak masuk akal sak. Si Syurga kan masih sekolah so obvsly la duh????? Abeh dia nak halau Syurga? Kalau lah saya Seri, saya akan buat baik kepada Syurga dan KIKIS DUIT DIA. Bodo sak Seri. Dan suruh dia bayar duit rumah since dia banyak duit. Senang hidup aku.
Tak faham kenapa perasaan benci Seri terhadap Syurga begitu ketara!! Syurga juga semakin lama semakin rebellious! YAS STOP BEING INNOCENT.
Seri sedang memarah Syurga apabila Hilda dan suami tiba untuk berbincang tentang dapur-dapur. Hilda mula rasa simpati terhadap Syurga… Hmmm… Perasaan keibuan timbul ke?
Oh yes, mereka pun ada flashback di mana Hilmi menghalang Hilda berjumpa dengan jantan yang telah membuntingkan dia. (cos Suria is slowly revealing that Syurga is Hilda punya anak padahal kita dah tahu) And the actor yang memainkan young Hilmi is ugly. I don’t remember Hafiz Nasir being THAT ugly hahahahaha bye.
Pada akhir episod, Seri kunjung Hilda. Mengapa ya? Apa yang dia nak?
– Pengkritik Sandiwara